TIGA SIFAT TANDA KESEMPURNAAN IMAN


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Harta benda atau wang ringgit kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.

Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan hak seperti berzakat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.

Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa juga yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.”

(Surah al-Israk, ayat 30)

Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim menjalani kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan perasaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 5, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: