PERUBAHAN HATI MANUSIA BILA DISINARI NUR ISLAM


ALLAH SWT telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran, yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangan-keterangannya, dengan berbagai cara); yang (dari kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah SWT.

Kitab suci itulah hidayah pertunjuk Allah SWT; Ia memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang kejadiannya); dan (ingatlah) sesiapa yang sesatkan oleh Allah SWT (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya. (Surah Al-Zumar : ayat 22-23).

Ayat 23 Surah Al-Zumar menyatakan bahawa orang yang dibukakan Allah SWT dadanya (hatinya) untuk memluk Islam, adalah mereka yang mendapat taufiq dan petunjuk daripada Allah SWT.  Merka menerima cahaya Islam lalu memeluk agama tersebut dengan kerelaan hati disebabkan dengan cahaya tadi dapat menyingkapkan keindahan pengajarannya, mengandungi peraturan dan undang-undang yang lengkap serta mengandungi kebenaran yang membawa kepada kepimpinan.

Jelasnya, orang yang hatinya terbuka untuk menerima cahaya Islam tidak sama dengan orang yang hati keras, degil dan jahil.  Mereka yang dibukakan hatinya sedia kembali ke kampung yang kekal, menjauhi kampung yang penuh penipuan dan bersiap-siap menerima kematian sebelum maut menjelang.  Manakala mereka yang keras hatinya  pula diancam dengan neraka Wail, ititu neraka yang dikhususkan bagi orang yang keras hati tidak mahu mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mintalah sesuatu hajat dari orang yang murah hatinya kerana sesungguhnya Aku (Allah) jadikan rahmatKu di dalam diri mereka.  Dan janganlah kamu meminta sesuatu hajat dari orang-orang yang keras hatinya kerena sesungguhnya Aku jadikan kemurkaanKu dalam diri mereka”.

Diakhir ayat 22 surah Al-Zumar ini, Allah SWT menjelaskan bahawa mereka itu di dalam kesesatan yang nyata iaitu orang yang keras hati (dibuatkan mata hatinya oleh Allah SWT) dari melihat kebenaran.

Manakala pada Ayat 23 surah Al-Zumar, Allah SWT telah menurunkan perkataan yang sebaik-baiknya, iaitu kitab Al-Quran yang terang isi dan maksudnya, benar riwayat dan kisah di dalamnya, tidak berlawanan antara ayat dengan ayat atau surah dengan surahnya.  Didalam Al-Quran itu berulang-ulang kisah dan perkhabarannya, hukum-hukum dan ketetapannya, perintah dan larangannya, janji-janji baik dan buruknya serta nasihat dan pengajarannya.  Tujuannya adalah supaya orang yang membaca atau mendengar bacaan Al-Quran akan tetap masuk ke dalam hati dan jiwa mereka.

Apabila Al-Quran itu dibacakan, maka orang yang mendengarnya akan gementarlah tubuhnya lebih-lebih lagi semasa disebutkan ancaman yang menakutkan atau azab yang menggerunkan.  Gementar itu sebenarnya ialah hati yang merasa kecut takutkan seksaan Allah SWT yang amat dahsyat.  Tetapi kemudian apabila dibacakan ayat-ayat yang mengandungi janji yang menggembirakan dan rahmat yang m,enyenangkan, maka kembalilah kulit mereka menjadi tenang tidak lagi gementar.  Begitu pula hati mereka menjadi lunak, lembut dan tenteram.  Bermakna hati mereka gementar semasa ketakutan dan tenang kembali semasa diberi harapan.

Begitulah pentuk Allah SWT sentiasa mengiringi orang yang mahu memikirkannya, dan hanya Allah SWT sahaja dengan kehendakNya memberi hidayah kepada sesiapa yang disukaiNya dengan dibukakan hati untuk menerima hidayah.  Dan sesiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah SWT, maka tidak ada sesiapa yang dapat memberikannya pertunjuk.  Ini bermaksud orang yang dihinakan oleh Allah SWT kerana tidak mahu beriman dan percaya kepada Al-Quran serta kufur dengan isi kandungannya, maka tidak ada jalan keluar baginya dari kesesatahn dan tidak ada kemudahan baginya untuk melalui jalan yang benar.

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 23, 2010.

Satu Respons to “PERUBAHAN HATI MANUSIA BILA DISINARI NUR ISLAM”

  1. memperbaiki hati kearah kebaikan memerlukan kesungguhan, kesabaran, dan istiqamah yang tinggi. Bagi saya, setiap manusia perlu merubah benda yang tak baik menjadi baik, dan yang baik menjadi yang lebih baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: