DI SEBALIK KEMALANGAN DARI SUDUT AGAMA ISLAM


Kita sering beranggapan bahawa apabila berlakunya sesuatu kemalangan, contohnya kemalangan jalan raya, memang segalanya itu dianggap sebagai satu takdir, namun takdir berlakunya kemalangan itu juga turut disebabkan oleh kecuaian dan sikap buruk kita. Sikap seperti ini pada pandangan agama sebagai tahlukah (menuju kebinasaan). Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuatlah kebaikan, sesungguhnya Allah s.w.t sukakan orang yang melakukan kebaikan.

(Al-Baqarah: 195)

Memang benar takdir telah ditentukan Allah, tetapi kita tidak harus memahami takdir dalam pengertian segala sesuatu telah ditetapkan rincian kejadiannya oleh Allah, sehingga manusia tidak dapat mengelaknya. Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Sesiapa yang bersandar di tembok atau dinding yang rapuh akan ditimpa runtuhan tembok atau dinding itu, dan sesiapa yang menjauhi tembok itu, maka ia akan terselamat. Kedua-dua situasi ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berupaya untuk memilih dan berusaha menghindarinya.

Salah satu usaha tersebut adalah doa. Kerana itu, kita boleh berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Sesiapa yang tahu atau sedar bahawa salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa itu, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.

Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan undang-undang jalan rayasekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati yang sia-sia sahaja dan bukan mati syahid kerana kemalangan. Di sini kita perlu memahami konsep takdir yang sebenar-benarnya kerana banyak salah faham berlaku di kalangan masyarakatyang menganggap takdir itu adalah kerja Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa sekutu dengan yang lainnya.

Memang pada hakikatnya semua yang berlaku itu sama ada baik atau buruk sudah dalam pengetahuan atau ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya itu bukan bagi menentukan sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya. Manakala kehendak-Nya pula bertindak ‘memilih’, selaras dengan kemahuan hamba-Nya. Justeru itu, balasan baik atau buruk hanya bergantung kepada pilihan hamba-Nya, yakni manusia itu sendiri.

Manusia adalah kejadian ciptaan-Nya yang terpilih, dijadikan lengkap dengan segala keperluan sebagai insan yang boleh melaksanakan arahan dan menerima perintah-Nya. Dan ia diberikan kebebasan memilih ke kanan atau ke kiri, baik atau buruk dan seterusnya.

Kita juga tahu bahawa iradat (kehendak ketuhanan) itu akan berlaku menurut sunatullah yang diletakkan di dalam kejadian makhluk-Nya. Justeru itu, apabila Allah s.w.t hendak menjadikan manusia, Dia tidak mengatakan bahawa ‘jadilah kamu lalu kamu terus wujud lengkap dengan segala-galanya.

Tetapi manusia itu akan dijadikan menurut proses peraturan-Nya, iaitu bermula daripada air mani, kemudian bayi kepada kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Kita tidak boleh mengatakan segala apa yang berlaku itu tanpa ada sebab dan pendahulunya. Dalam hal ini, Saidina Umar r.a pernah mengatakan bahawa kita lari daripada qadar-Nya (yang buruk) kepada qadar-Nya (yang baik dan selamat).

Demikianlah makna qadar bukan bererti Allah mencabut kemahuan dan pilihan daripada seseorang kerana contohnya dia sendiri boleh berusaha mengubah sikap sombong, mementingkan diri serta cuai ketika memandu. Kita selalu diperdengarkan firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah (nasib) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa (sikap) yang ada pada diri mereka.”

(Al-Ra’ad: 11)

Apabila berada di jalan raya terutama di hari-hari perayaan ini, kita diingatkan supaya memastikan segalanya berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Agama menuntut kita agar jangan terlalu gembira sehingga hilang tumpuan kita untuk sampai ke destinasi yang sebenar.  Kita tentunya tidak mahu suasana gembira yang kita kecapi itu akan bertukar menjadi tragedi dek kelalaian kita sendiri.

 

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 6, 2011.

Satu Respons to “DI SEBALIK KEMALANGAN DARI SUDUT AGAMA ISLAM”

  1. Tapi sekiranya kita dah cukup berhati2 ditimpa kemalangan macammana? contoh diri saya sendiri bawa motor balik dr jumpa keluarga…malam dan baru lepas hujan tersadung lubang yang amat besar menyebabkan saya jatuh terus pengsan! saya sendiri pn tak terasa sakitnya jatuh sebab terus pengsan dan keadaan saya amatlah teruk. bawak pada lawyer..lawyer pun tak berani nak lbukak file. so how? kejadian berlaku 3 May 2011 dan pernah keluar The star 1o may 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: