MUSIBAH



Marilah kita bermuhasabah tentang fenomena malapetaka dan bencana alam yang berlaku dan sering menimpa kita. Negara kita sering menghadapi keadaan bencana yang agak luar biasa seperti beberapa tahun lalu negara telah mengalami jerebu yang amat teruk di seluruh negara, tsunami, banjir besar  di negeri Pelis, Kedah dan Johor dan pelbagai bencana lagi.

Firman Allah s.w.t di dalam surah an- Nisaa, ayat 79 yang bermaksud:

Bencana-bencana ini telah mengakibatkan kemusnahan benda, nyawa dan membawa pelbagai wabak penyakit, di samping memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara.  Persoalan besar timbul dalam fikiran kita ialah apakah punca berlakunya bencana dan malapetaka ini? Menurut teori sains geologi, terdapat tiga faktor yang menyebab fenomena bencana alam ini berlaku.

Pertama: Kejadian bencana ini boleh berlaku akibat faktor-faktor semulajadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami.


Kedua: Faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menjangkiti haiwan dan manusia.

 

Ketiga: Bencana alam ini berlaku akibat daripada kelemahan manusia sendiri kerana aktiviti pembangunan yang tidak terancang, dilakukan di kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur, penggunaan pengangkutan berat dan sebagainya.

Ditinjau dari sudut Islam pula, fenomena bencana yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri iaitu:

 

Kita hendaklah ingat bahawa kita ini adalah hamba Allah s.w.t dan kita wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah dan kemudahan dan nikmat.  Untuk membebaskan negara dan bangsa kita dari pelbagai bencana, kesulitan dan wabak penyakit, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, gotong-royong dan menggunakan kemahiran ilmu pengetahuan sahaja tetapi seluruh masyarakat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat mestilah sentiasa menghormati syariat Allah s.w.t dengan tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan banyak bertaubat kepada-Nya.

Kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Ibnu Abbas, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan: “Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh rakyat, pemimpin, cerdik pandai dan ulama yang terus menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat.”

Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusia bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran. Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang kesilapan dan kembali kepada Allah s.w.t dengan bertaubat.

Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi. Umat Nabi Nuh a.s telah ditenggelamkan oleh ombak yang tinggi seperti gunung, umat Nabi Musa a.s pula telah diturunkan bala dalam bentuk taufan dan serangan kutu, katak dan air berdarah. Begitu juga kaum Nabi ‘Aad dan Tsamud yang dihapuskan dari muka bumi kerana kesan bencana. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah s.w.t agar tidak mengikut jejak kaum-kaum yang ingkar kepada Allah s.w.t.

 

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 1, 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: