SEKS SONGSANG


Sek Sonsang

Para pembaca/bloggers yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT dengan melakukan segala amal baik dan perintah yang telah ditetapkan, serta meninggalkan segala laranganNya. Semoga dengan ketaqwaan terhadap setiap kerja yang telah kita laksanakan akan dinilai serta mendapat ganjaran yang setimpal di dunia , lebih-lebih lagi di akhirat.

Perspektif MutiaraIslam kali ini membetangkan sebuah tajuk “Seks Sonsang” untuk renungan kita bersama agar kita mengambil perkara ini sebagai iktibar dan pengajaran untuk diri kita.

Setiap manusia mempunyai nafsu seksual. Ianya merupakan lumrah yang tidak dapat dinafikan, malah adalah tidak normal seandainya seseorang individu itu tidak mempunyai keinginan seks.

Islam telah menggariskan batas-batas setakat mana diharuskan melaku atau menunaikan keinginan seks itu, dan setakat mana pula yang diharamkan melakukannya. Bahagialah umat manusia yang dapat menguasai keinginan nafsu dalam batas-batas yang diredhai Allah iaitu

melalui perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan apabila cukup segala syarat dan rukun yang ditetapkan hukum syarak . Sebaliknya, celakalah umat manusia yang tidak dapat menguasai nafsu seksual , sehingga mereka terjerumus ke dalam melakukan hubungan seks yang diharam Allah SWT.

Seks Sonsang (Picture1)

Melakukan kejahatan haram diluar tabi’e lelaki sesama lelaki, yang dikenali sebagai (gay atau homoseksual), perempuan dengan perempuan, yang dikenali sebagai (lesbian) ataupun lelaki juga perempuan yang menukarkan jantina untuk melakukan dosa durjana dengan pasangan masing-masing .

Suatu persoalan diutarakan, mengapakah masih terdapat sebahagian umat manusia yang memilih hubungan seks secara haram seperti yang tersebut di atas?, sehingga ada Negara di dunia ini mengubal perundangan bagi membenarkan perkahwinan sesama lelaki?.

Jawapannya ialah kerana mereka kufur dengan nikmat Allah, kufur dengan perundangan Islam dan mereka gagal dalam menangani keinginan seksual yang betul, lantaran itu mereka terjerumus ke lembah perbuatan yang sangat hina dan jijik itu .

Justeru ! marilah kita umat islam sematkan dalam jiwa kita perasaan benci dan marah kepada perbuatan hina durjana ini dan marilah kita sekalian memulau perlakuan songsang ini termasuklah dengan memulau penulisan samada di dalam majalah, laman web, blog yang banyak mempengaruhi serta memberangsang ke arah hubungan seks songsang yang diharamkan, seperti memaparkan dalam penulisan itu gambar-gambar lucah pasanganpasangan sedang bercumbu-cumbuan serta melakukan seks samada berlainan jenis atau sesama jenis .

Marilah kita sekalian sebar seluas-luasnya pengajaran dari Allah SWT untuk mengawal nafsu seks yang salah, kerana kemurkaan Allah akan menimpa kaum tersebut sebagaimana Firman Allah SWT di dalam surah hud ayat 82-83:

 Seks Sonsang (Picture2)

Bermaksud: “maka apabila datang ( masa perlaksanaan ) perintah kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang balik ( tertimbus segala yang dimuka buminya ) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang di bakar , menimpa bertalu-talu . Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhan Mu ( untuk membinasakan mereka ) dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.”

Ayat ini telah menjelaskan beberapa pengajaran , antaranya :Seks Sonsang (Picture3)Baginda Rasulullah SAW memberi amaran berat di dalam sebuah hadis yang maksudnya:

sesiapa yang mengerjakan pekerjaan kaum Luth , maka bunuhlah orang yang melakukan dan orang yang dilakukan.

Ibnu Abbas menerangkan hudud orang yang liwat itu: Direjamkan dia dengan batu dari tempat yang tinggi hingga mati, kerana Allah SWT merejamkan kaum Luth dengan batu dari langit . Sebuah hadis baginda SAW yang menyebut:

 Seks Sonsang (Picture4)

Bermaksud: “Lagi akan berlaku pada akhir umat ku, kaum yang berpadapada lelaki sesama lelaki dan perempuan bersama perempuan, maka apabila ( berlaku ) yang demikian, tunggulah azab kaum Luth, bahawa Allah akan menghujani atas mereka batu-batu dari tanah yang dibakar.”

Marilah kita sekalian menangani dan mengatasi jenayah perilaku seks luar tabi’e itu semoga azab dan bala tidak akan berulang lagi, marilah kita sama-sama mengembeling strategik mempastikan formula menanganinya seperti berikut :

Seks Sonsang (Picture5)

Kesimpulan yang dapat diambil melalui tajuk yang diperbincangkan ini ialah :

Seks Sonsang (Picture6)

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Tahrim ayat 6:

Seks Sonsang (Picture7)

Bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Sumber: Teks Khutbah Jumaat 17.2.2012 Terbitan JAWI

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Disember 23, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: