WASPADA DENGAN TIPU MUSLIHAT YAHUDI


Waspada dengan Tipu Muslihat Yahudi

PERSELISIHAN antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke kiblat penyembahan mereka. Namun Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.

Lalu ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.

Kalimah Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud: “tidak akan meredai selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.

Amaran juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang benar. Selain itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).

Sejarah juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq. Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh baginda.

Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain.

Maka, Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh”. (al-Maidah: 78).
Walaupun menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948.

Tarikh yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan. Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekali gus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.

Penubuhan negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah tumpah darah mereka.

Kampung halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.

Rejim zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.

Dianggarkan lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua keadaan. Khemah-khemah pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu. Tidak dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB masih lagi berkuasa.

Hak dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi manusia dan keamanan dunia. Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan berusaha.

Peristiwa Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik, perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih berlangsung sehingga sekarang.

Pelan demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya Amerika.

Pencerobohan dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini. Keganasan yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB. Akhirnya, respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.

Kezaliman ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.

Pergolakan dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekali gus membuka ruang campur tangan kuasa asing. Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan menimpa negara kita yang tercinta ini.

Pengajaran daripada Nakhbah Palestin ini harus dihayati dan dicermati oleh setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pengajaran yang sangat penting bagi kita dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan kuasa asing.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Disember 24, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: