ANUGERAH IMAN


Anugerah Iman - 2

Iman merupakan nikmat anugerah daripada Allah s.w.t yang tidak ternilai dalam kehidupan manusia. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah s.w.t akan ditentukan oleh tahap keimanan yang ada dalam diri seseorang. Sesiapa yang paling tinggi dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

Iman merupakan pegangan atau kepercayaan dan keyakinan di dalam hati yang tidak berbelah bahagi terhadap Allah s.w.t serta tidak mengandungi sedikit pun perasaan syak dan ragu-ragu.

Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya.

Oleh hal demikian itu, sebagai ukuran sama ada kita benar-benar beriman atau sebaliknya, Allah s.w.t telah menjelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).” (al-Anfal: 2-4)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap bebar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu:

1. Apabila disebut nama Allah, akan merasa gementar hati-hati mereka.
2. Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3. Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4. Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5. Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.

Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari daripada menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t, terutamanya dalam usaha mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup.

Oleh kerana itu, adalah tidak tepat sangkaan sesetengah manusia yang beranggapan bahawa hidup ini hanya untuk bersenang-lenang, bermewah-mewahan dan bersuka ria semata-mata atau sebaliknya menganggap hidup ini penuh dengan penderitaan, dukacita, dan segala macam musibah.

Justeri itu, kita seharusnya faham bahawa semua kejadian ini pada hakikatnya adalah lumrah hidup kita sebagai manusia dan iaa merupakan “Sunnah Allah”.

Bagi mereka yang beriman, akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan segala amalan dan kebajikan sebanyak-banyaknya. Ia tidak akan dilepaskan begitu sahaja dengan menjadikan ujian sebagai dorongan untuk beriman kepada Allah s.w.t, bukan sebaliknya.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Disember 27, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: