MENITI USIA


Meniti Usia 2Semperna kedatangan tahun baru 2013, Perspektif Mutiaraislam Online hari ini membentangkan sebuah tajuk “MENITI USIA” untuk kita renungkan bersama di hari Jumaat yang mulia ini agar ianya memberi manfaat serta pengajaran kepada kita sebagai umat islam di dunia ini.

Apa yang telah kita lakukan dengan umur dalam kehidupan ini? Detik waktu berjalan dengan pantas. Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus berlalu dalam kelalaian insan. Ia terus berlalu meninggalkan kita tanpa menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahun baru yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi dan ia bermakna telah bertambah usia kita. Inilah masa yang terus berlalu tanpa kembali kepada kita.

Meniti Usia 3Usia adalah kurniaan Allah SWT. Bertambahnya usia, selayaknya membuat kita menjadi manusia yang lebih bernilai di sisi Allah SWT. Nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Allah yang bersifat sementara ini adalah satu anugerah yang sangat bernilai. Namun, ia boleh menjadi sebaliknya jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Bukankah sering kita membisikkan doa kepada Allah, “Ya Allah, panjangkanlah usia aku”.

Dek kerana kesibukan kita mengejar dunia ini, sedar atau tidak, kita akan melangkah ke tahun baru. Ingatkah kita akan bait-bait nasyid;

“Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya….”

Meniti Usia 5Lirik yang indah ini mengingatkan kita bahawa usia yang panjang sebenarnya membawa 1001 tanggungjawab. Selagi nyawa di kandung badan, kita terus memikul amanah Allah sebagai khalifah dan hambaNya. Sekiranya amanah tersebut gagal dilaksanakan, sia-sialah hidup ini.

Justeru, dengan usia yang dikurniakan, adakah cukup bekalan kita untuk bertemu Allah? Sudah bersediakah kita? Persoalan ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi Rahimahullah daripada Abi Barzah al-Aslami RA :

Meniti Usia 4

Bermaksud: “Tidak akan berganjak kedua-dua belah kaki anak Adam di Hari Kiamat nanti sehingga dia dipersoalkan tentang empat perkara; tentang umurnya bagaimana dihabiskannya, tentang ilmunya apakah yang dilakukannya, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia membelanjakannya, dan tentang tubuh badannya pada perkara apakah digunakannya”.

Sambutan tahun baru menurut sarjana Islam adalah harus di atas asas adat berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah” serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat dengan beberapa syarat tertentu, antaranya:

Meniti Usia 6

Sebenarnya, setiap individu berperanan memberi kefahaman dan pengamalan dalam pelaksanaan setiap sambutan tahun baru agar menepati syariat dan memenuhi syiar Islam. Islam menggariskan peraturan yang disebut sebagai syariat adalah bagi mendisiplinkan umat manusia agar tidak jatuh ke dalam lembah kebinasaan yang akan merosakkan akhlak. Antara peranan kita adalah memastikan sambutan tahun baru tidak dicemari dengan anasir yang boleh merosakkan anak bangsa terutama akidah dan jati diri mereka.

Meniti Usia 7

Pihak berwajib dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bergerak seiring dengan pelbagai bentuk kempen ke arah memberi kesedaran seperti kempen jauhi zina, kempen agar sambutan tahun baru tidak tercemar dengan perlakuan anak bangsa yang rendah akhlaknya dan akhirnya melahirkan umat yang lemah lantaran moral dan akhlak mereka rosak. Natijahnya mendatangkan kerosakan kepada umat seluruhnya seperti yang berlaku kepada umat para Nabi terdahulu yang menerima penghinaan azab di dunia lantaran rosaknya akidah dan akhlak mereka.

Insafilah dan renungkanlah firman Allah SWT menerusi Surah al-Nahl ayat 36 :

Meniti Usia 8Bermaksud: “Dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thaghut itu”, Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”.

Sejarah memaparkan bahawa umat Islam yang membina tamadun ialah mereka yang mempunyai akidah kepercayaan, iman dan taqwa yang ampuh. Ia menjadi asas tunjang dengan sepenuh kepatuhan kepada syariat Islam lalu melahirkan akhlak dalam kehidupan mereka. mereka inilah yang mendapat perlindungan Allah SWT dengan naungan keberkatan dan rahmatNya. Inilah yang didambakan oleh kita umat Islam agar kita semua tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang dilimpahkan keberkatan. Renungilah firman Allah SWT melalui Surah al-‘Araf ayat 96 :

Meniti Usia 9Bermaksud : “Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka”.

Di sebalik keghairahan untuk menyambut tahun baru, janganlah kita menggadaikan akidah, jati diri dan akhlak Islam. Renungilah kata-kata hikmah yang berbunyi:

Meniti Usia 10

Bermaksud: “Maka sesungguhnya, suatu umat itu kekal kerana akhlak baik mereka, sekiranya mereka tidak lagi berakhlak, mereka akan lenyap.”

Meniti Usia 11

Renungilah Firman Allah SWT menerusi Surah al-Anbiya’ ayat 44 :

Meniti Usia 12

Bermaksud: “Bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga lanjut umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang? “

Sumber: Teks Khutbah Jumaat, 28/12/2012 terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Disember 28, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: