PINTU KETAATAN


Pintu Ketaatan (Cover 3)

Siapa pun kita pada hari ini, kewujudan kita pastinya bermula daripada ibu dan bapa. Sesungguhnya mereka memainkan peranan penting di dalam hidup kita. Sebanyak manapun kebaikan yang kita lakukan untuk mereka, dan sebesar manapun jumlah wang yang kita belanjakan untuk mereka, pastinya masih belum mampu menyamai pelbagai pengorbanan yang mereka lakukan sepanjang waktu kita membesar. Merekalah yang melahirkan, mengasuh, mendidik dan menjaga kita dari waktu kita masih di dalam buaian sehinggalah akhirnya kita mampu berdikari.

Pintu Ketaatan (P1)

Sedar dan insaflah bahawa kasih sayang ikhlas dan tanpa syarat hanyalah kasih sayang yang dizahirkan oleh ibu bapa. Disebabkan segala pengorbanan itulah kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT sangat mulia dan tinggi sekali, dan kita diwajibkan agar sentiasa berbuat baik kepada mereka. Seruan Allah SWT itu terkandung di dalam surah Luqman ayat 14:

Pintu Ketaatan (P2)

Bermaksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.

Kenangilah kesakitan yang teramat sangat yang dialami oleh ibu kita ketika mengandungkan kita dan sewaktu bersalin. Menurut kajian, ketika ibu bersalin kesakitannya adalah bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Bapa kita pula keluar bekerja, ada kalanya sehingga ke malam hari, mencari nafkah bagi memastikan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan kita semuanya tersedia dan terjamin.

Pintu Ketaatan (P3)

Sekiranya ibu bapa kita masih hidup, maka hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan seharian mereka dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Berikanlah senyuman dan kata-kata yang lembut kepada mereka, kerana perbuatan tersebut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan yang mahal-mahal.

Pintu Ketaatan (P4)

Ibu bapa begitu tinggi darjatnya sehingga menjadi sebagai ukuran penentu keredhaan dan kemurkaan Allah SWT. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Abdillah bin Amru RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

Pintu Ketaatan Picture 2

Bermaksud:

“Redha Allah bergantung kepada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa.”

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai menderhaka kepada ibu bapa. Contohnya, memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak mentaati kehendak mereka pada perkara yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan apabila berbicara dengan mereka, dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT. Malah, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan mereka tidak mendapat ganjaran pahala, yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan mereka sepanjang hayat sia-sia belaka. Telah banyak kisah kita dengar berkenaan balasan anak yang derhaka ketika masih di dunia lagi antaranya kesukaran mencari nafkah, kegagalan mendapat pekerjaan, hilang keberkatan dalam kehidupan dan sebagainya.

Pintu Ketaatan (P5)

Amatlah menyedihkan apabila akhir-akhir ini kita sering terdengar berita tentang anak-anak yang tidak sanggup menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia dan uzur. Ibu bapa dibiarkan bersendirian di rumah usang tanpa perhatian. Malah, ada anak-anak yang sanggup membawa ibu bapa ke pusat-pusat kebajikan atau rumah orang-orang tua dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Pintu Ketaatan (P6)

Pelbagai alasan mungkin boleh diberikan untuk mengelak daripada menjaga ibu bapa di hari tua mereka. Ada yang merasakan segala amal soleh yang dilakukan sudah cukup untuk menggantikan kewajipan mereka menjaga ibu bapa. Namun, yang sebenarnya menjaga ibu bapa itu lebih afdal daripada jihad fi sabilillah, lebih besar pahalanya berbanding beribadat pada setiap malam, lebih berganda pahala berbanding membaca al-Quran pada setiap waktu atau bersedekah pada setiap masa.

Kita harus sedar bahawa amal soleh yang banyak tidak mencukupi untuk membolehkan kita mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa, apatah lagi jika hati ibu bapa disakiti kerana ditinggalkan tanpa perhatian dan dibiarkan tanpa kasih sayang. Pastinya hati mereka hancur berkecai dan air mata mereka menitis berderai. Hiba rasa hati ibu bapa mengenangkan anak yang dimanjakan dari kecil bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila sudah dewasa dan berjaya, mereka ditinggalkan dan disia-siakan. Malah, bukan hanya ibu bapa yang terguris hati kalau anak-anak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, Rasulullah SAW sendiri pun pernah menitiskan air mata ketika mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang derhaka.

Marilah sama-sama kita kembali muhasabah diri, adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk ibu bapa kita. Sewajarnya kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada mereka. Sentiasalah mencari masa untuk berhubung dengan mereka sekurang-kurangnya melalui telefon dan pelbagai alat komunikasi. Carilah ruang untuk sentiasa bersua ibu dan bapa.

Sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia, maka doakanlah kesejahteraan mereka, ziarahi pusara mereka, laksanakan nazar mereka yang belum tertunai, hubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, bayarkan fidyah puasa yang masih terhutang, tunaikan haji mereka sekiranya mampu dan lunaskanlah hutang mereka yang belum langsai semasa hayat mereka.

Marilah kita renungkan beberapa kesimpulan intipati tajuk yang diperbicangkan ini iaitu:

Pintu Ketaatan (P7)

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Pintu Ketaatan (P8)

Bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 11, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: