MUZIUM KESENIAN MALAYSIA


muzium-kesenian-islam-malaysiaKejayaan Pameran Dunia Tamadun Islam yang diadakan di Pusat Islam pada tahun 1994, telah memperlihatkan keperluan penubuhan satu pusat pembelajaran dan penyelidikan yang tetap bagi memelihara sejarah dan warisan budaya Islam.

Atas dasar inilah Muzium Kesenian Islam telah ditubuhkan. Muzium Kesenian Islam Malaysia yang dirasmikan pada tahun 1998 bersamaan 1419 Hijrah, merupakan satu sumbangan daripada Yayasan al- Bukhary kepada umat Islam di Malaysia dan dunia Islam.

Muzium yang menelan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ini dibina dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Muzium ini berperanan sebagai menyimpan, pembaik pulih, pemuliharaan dan pendidik kesenian Islam agar generasi alaf baru tidak terasing untuk mengamati dan menghargai kesenian Islam yang berharga ini.

SENI BINA YANG INDAH

Jalan masuk ke muzium ini dihiasi dengan sebuah pintu gerbang yang indah dan megah, dikenali sebagai iwan. Iwan merupakan corak rekaan jubin mozek yang indah, dengan bentuk hiasan seni bina yang berasal dari zaman pra-Islam Sasania.

Iwan ini direka dalam bentuk abstrak tanpa dewan kubah dan pintu gerbang yang runcing dan menggambarkan peranan muzium ini yang bukan setakat sebagai institutsi keagamaan Islam semata-mata tetapi turut menggalakkan penhayatan nilai estetik.

Lima buah kubah yang indah membentuk elemen utama bangunan muzium ini. Bahagian dalaman empat daripada lima buah khubah tersebut dihiasi dengan warna-warna cerah seperti terracotta, biru dan gandaria serta sepuhan emas. Kubah kelima direka terbalik dan dihiasi pula dengan ukiran arabes, hiasan bersepuh emas dan medallion cermin.

GALERI UTAMA

Muzium ini mempunyai keluasan 270,000 kaki persegi yang terbahagi kepada empat tingkat yang dikhususkan kepada dua tingkat untuk galeri tetap dan juga dua galeri istimewa untuk pameran sememtara.

Galeri-galeri utama bermula daripada Aras 3 dengan Galeri Seni Bina yang mempamerkan beberapa model monumen agung, jubin dan hiasan seni bina dalam era Islam.

Galeri al-Quran dan Manuskrip mempamerkan Quran-Quran dan kitab-kitab keagamaan dan sekular, lukisan miniature, karya-karya perubatan, astrologi serta puisi dari pelbagai wilayah. Turut terdapat di bahagian ini ialah Galeri Dunia Melayu, Galeri India dan Galeti Cina yang mewakili kelpelbagaian budaya di Malaysia.

Di Aras 4 pula terdapat Galeri Sertamik dan Barangan Kaca, Galeri Hasil Kerja Logam, Galeri Kelengkapan Senjata, Galeri Barang Kemas, Galeri Mata Wang dan Galeri Tekstil.

Galeri Seramik dan Barangan Kerja mencerminkan wawasan gaya dan teknik hiasan berbeza pada setiap artifak mengikut tahap kemasyhurannya sementara Galeri Hasil Kerja Logam pula memberi tumpuan kepada inovasi hiasan berciri Islam dan kehebatan bahan- bahan yang digunakan.

Di Galeri Kelengkapan Senjata pula, para pengunjung berpeluang melihat senjata dan pakaian pelindungan masyarakat Islam pasti terpukau dengan susunan perhiasan yang berkilauan daripada empayar agung dan juga kumpulan suku kaum Islam.

Galeri Mata Wang pula mempamerkan satu himpunan besar mata wang dari segenap pelosok dunia Islam, manakala Galeri Tekstil mempamerkan fabric dan pakaian kelengkapan berciri keislaman yang mewah.

PAMERAN PEDANG RASULULLAH DAN PARA SAHABAT

Pada 1 Ogos- 31 Oktober, 2002 satu pameran pedang Rasulullah s.a.w dan para sahabat fakr al- suyuf telah diadakan di muzium ini. Pameran ini berjaya menarik beribu-ribu pengunjung. Pameran ini membawa pengunjung kea lam pengembaraan rohani yang melintasi masa ke zaman awal Islam.

Ia membariskan pedang-pedang Islam yang memperlihatkan keindahan kerja tangan dan hiasan yang halus. Ia juga menekankan tentang aspek agama dalam warisan budaya Islam.

Antara replika terpenting yang dipamerkan ialah sebilah pedang Nabi s.a.w yang dikenali sebagai Zulfakar, bilah bermata dua yang bercabang di hujungnya.

Turut dipamerkan ialah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abu Talib, sepupu Rasulullah s.a.w, iaitu Jaffar al-Tayyar, dan cicit baginda, iaitu Zainal Abidin dan pedang milik panglima Islam yang agung, Khalid al-Walid.

Perang kepunyai Rasulullah yang mempunyai mata bercabang dua di hujungnya turut dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Muzium Kesenian Islam terletak berhampiran Masjid Negara di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur.

Terkini, mulai 27 September 2012 sehingga 27 Januari 2013 diadakan pameran “Lasting Impressions: Seals From the Islamic World”.

Susunan: MASRIAH NAJIB – http://ummatanwasatan.net

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 17, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: