WASATIYYAH: KESEDERHANAAN ELAK KEHANCURAN


 Wasatiyyah - Kesederhanaan Elak Kehancuran - InsideDalam konsep psikologi, istilah yang boleh diterjemahkan sepadan dengan kesederhanaan ialah simplicity. Kata asas kepada konsep ini ialah simple dan secara literalnya bermakna mudah. Mudah pula membawa maksud “tidak susah”, “gampang”, “senang” dan apabila digandakan ia menjadi “mudah-mudahan”, ia mempunyai kaitan dengan harapan. Maka, untuk menerima konsep simplicity sebagai sesuatu yang mudah, kita perlu memahami bahawa pengertian tersebut ada juga kesan negatif.

Negatifnya apabila kita mengambil dan mengamalkan budaya mudah, ia akan menyebabkan kita kurang mengambil peduli terhadap sesuatu, termasuk harapan kita sendiri. Apa yang seharusnya kita terjemahkan maksud “simple” itu kepada sederhana. Sederhana ini tidak bermakna berada di antara dua kelompok yang nyata berbeza, antara lemah dengan kuat misalnya. Konsep sederhana dalam konteks berada di tengah-tengah dua perbezaan yang jelas tersebut seringkali dianggap sebagai neutral, mengambil unsur-unsur yang disukai antara kedua-dua kelompok dan tidak mustahil bakal berakhir dengan kejanggalan sikap, yakni dipersonifikasikan sebagai lalang.

Menurut Jack Trout dan Steve Rankin, kesederhanaan adalah kecanggihan yang terhebat. Kesederhanaan akan membuatkan manusia boleh berfikir dalam nalar yang sihat. Kedua orang pakar pemasaran dari Amerika Syarikat itu mencemuh kecanggihan teknologi, manusia semakin cenderung melakukan kerumitan. Atas semangat ingin dilihat lebih hebat dan gagah, manusia sering terjerumus ke dalam kancah kemelut dan kerumitan. Buku mereka The Power of Simplicity menjadi daya tarikan yang terbaik dalam bidang pemasaran. Walaupun sesetengah pihak menganggap sudah boleh diklasifikasikan sebagai klasik, pemikiran Jack Trout dan Steve Rankin tetap mampu menepati rangka kerja dunia perniagaan, apatah lagi setelah kapitalisme-liberal semakin berantakan.

Edward de Bono tidak mahu ketinggalan ikut membincangkan konsep kesederhanaan dalam menentukan garis sempadan psikologi yang sihat. Bukunya, Simplicity (2006) banyak membantu manusia berfikir dan bertindak menggunakan akal yang sihat. Sebelum itu beliau terkenal dengan konsep pemikiran lateral dan literal berjaya memecahkan banyak persoalan yang selama ini menjadi kekusutan.

Dr. Carol S. Dweck yang menulis buku, Mindset: The New Psychology of Success (2006) membuat analisis yang tajam mengenai psikologi tingkahlaku mengenai kegagalan dan kejayaan seseorang yang menetapkan set mindanya. Dengan melanjutkan pendapat Jim Collins, Good to Greats (2001), Dweck berbicara lebih tegas mengenai set minda tetap Lee Iacocca yang akhirnya menyebabkan kemerosotan mendadak kereta-kereta Chrysler. Walaupun Iacocca pernah cemerlang membuat perancangan untuk melonjakkan jualan kereta jenama tersebut, sikap dan tindakan yang berlebihan menjadikannya tidak dapat bertahan lama.

Kini syarikat tersebut diisytiharkan muflis. Henry Ford pernah memecat Iacocca kerana melihat tindakan dan perancangan yang difikirkannya adalah keterlaluan. Atas rasa kecewa itulah Iacocca akhirnya cuba menggunakan kesempatan mengepalai Chrysler untuk membalas dendam. Kereta-kereta jenama Ford masih kekal hingga kini, tetapi Iacocca dengan angkuh mempersoalkan kepimpinan usahawan Amerika yang lain kerana tidak lagi mempunyai sentuhan emas untuk melonjakkan ekonomi. Amerika makin tersungkur dan pertumbuhan ekonomi semakin perlahan. Set minda tetap itulah menjadi faktor memudarnya kuasa ekonomi Amerika Syarikat.

Seruan Dato’ Sri Najib kepada pemimpin dunia agar mengamalkan sikap sederhana kerana sikap itulah yang mampu mewujudkan keamanan sejagat. Sikap sederhana akan membantu manusia berfikir dengan jelas untuk memecahkan sebarang persoalan yang mereka hadapi. Fikiran menjadi tenang dan dapat pula mengekang jalan menuju kehancuran. Kesederhanaan itulah sebenarnya merupakan petunjuk luar biasa mengenai keindahan Islam.

Sebagai agama yang menganjurkan kesederhanaan, Islam tidak menggalakkan umatnya menghabiskan usia sepanjang hayat di masjid. Islam menganjurkan keseimbangan antara tanggungjawab di dunia dan pencarian menuju akhirat. Konsep kependetaan sebagaimana diamalkan oleh lain-lain agama tidak ada dalam Islam, kerana Islam memberikan ketegasan bahawa apa yang dilakukan sepanjang hayat menjadi jambatan ke akhirat. Manusia dibebankan dengan tanggungjawab mencari rezeki, dan dalam proses pencarian tersebut ia mestilah disusuli dengan kaedah yang betul, ikhlas, halal serta tidak merampas hak orang lain.

Kesederhanaan boleh menyebabkan seseorang itu berfikir dengan matang, tenang dan memecahkan sebarang kebuntuan. Atas dasar tidak berfikir secara sederhana, maka rundingan langsung Israel-Palestin semakin menunjukkan tanda akan gagal. Sikap pemimpin tertinggi Israel yang sengaja inginkan kegagalan dengan tidak mengendahkan permohonan Palestin agar melanjutkan proses pembinaan petempatan haram Yahudi di atas tanah yang dirampas, tentunya melambangkan tindakan melampau. Tanpa mempedulikan amaran Amerika Syarikat, Eropah dan masyarakat antarabangsa, Israel bertindak semakin ganas kerana itulah sebenarnya falsafah perjuangan mereka sebagaimana terkandung dalam salah satu protokol yang amat berpengaruh.

Kata Perdana Menteri Malaysia yang buat kali pertama berucap dalam majlis tersebut, kini sudah tiba masanya pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis. Ini kerana “Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua. Menerusi keazaman yang lebih kuat dan usaha kolektif, kita mampu mewujudkan dunia yang lebih aman, selamat dan kesamarataan.”

Amat penting bagi dunia mencapai keamanan yang berasaskan kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan atau dipengaruhi oleh ketakutan. Namun, Perdana Menteri menegaskan ia hanya boleh dicapai jika semua pihak bersedia berbincang menerusi dialog yang akan membantu mewujudkan kefahaman dan persefahaman, selain daripada penghargaan dan hormat menghormati ke arah membina masa depan lebih cemerlang sebagai warga dunia yang bertanggungjawab dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan.

Selama 1430 tahun Islam meletakkan nilai-nilai kesederhanaan dalam diri setiap penganutnya. Dan kerana itulah, semakin Islam dicemoh dan diperlekehkan, maka semakin menarik minat masyarakat dunia untuk memahami Islam. Ini dipengaruhi oleh sikap kesederhanaan Islam. Islam tidak pernah mengkritik dan mengkarikaturkan pemimpinnya sedangkan Kristian mengkhianati apa yang diletakkan asas beragama oleh Nabi Isa a.s (Jesus). Yahudi turut mengkhianati Nabi Daud (David) sehingga menukarkan asas agama kepada perjuangan menegakkan keunggulan dan kehebatan Yahudi.

Tidak berapa lama sebelum ini, seorang rabai Yahudi mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Yahudi tidak berdosa jika melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan atas alasan menjadi ejen Mossad. Mossad boleh mengumpan wanita untuk mendapatkan rahsia musuh. Hal sedemikian sudah lebih 50 tahun dilakukan oleh Mossad termasuk kes melibatkan Munir Redfa, seorang juruterbang kebanggaan tentera udara Iraq. Seorang wanita kelahiran Amerika Syarikat yang telah beberapa tahun menjadi ejen Mossad berjaya mempengaruhi Munir Redfa agar menerbangkan pesawat MIG 21 ke Israel pada bulan Ogos 1966.

Sebelumnya, wanita ejen Mossad yang cantik itu telah berjaya mencairkan nurani Munir Redfa yang beragama Kristian, seorang suami yang sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Sebagai seorang ejen yang cekap, wanita itu menjadi seorang pendengar yang baik dan pemujuk yang handal. Pada bulan Julai, mereka berdua beristirahat di Perancis dan selepas bersama selama dua hari, wanita tersebut berjaya menunjukkan jalan bagaimana Munir boleh melarikan pesawat terbang yang sangat diimpikan itu ke Israel.

Kemuncaknya, dalam satu latihan penerbangan, Munir mengisi minyak pesawat secara berlebihan dari sepatutnya dan setelah berada di angkasa, beliau terus menuju arah Israel. Walaupun diarahkan agar berpatah balik, Munir tetap dengan janjinya, menyerahkan pesawat tersebut kepada pihak Israel dan mendarat di sana. Bagi Israel, berapa pun harga yang harus dibayar, ia sanggup lakukan demi mencapai cita-citanya, yang ketika itu amat memerlukan sebuah pesawat MIG 21 buatan Rusia. Israel tidak boleh membeli pesawat tersebut kerana mempunyai ikatan yang kuat dengan Amerika Syarikat. Israel menggunakan wanita cantik untuk memungkinkan kesemua cita-citanya tercapai, termasuk menghalalkan wanita bersekedudukan dengan musuhnya bagi menggali rahsia dan sebagainya. Itulah sebahagian sikap melampau bahkan isi kandungan kitab Talmud ditafsirkan berdasarkan kesesuaian cita-citanya. Yang tidak boleh dipinda ialah 24 protokol Yahudi yang digubal pada tahun 1897. Protokol tersebut merendah-rendahkan maruah bukan Yahudi, termasuk penganut Kristian, Islam dan sebagainya.

Bagi mengkhianati penganut agama lain, Yahudi melancarkan perang saraf yang tidak pernah ada noktah. Dengan berselindung di sebalik prinsip kebebasan, hak asasi dan persaudaraan mereka terus menyusun langkah mencelarukan penduduk dunia.

Warga Kristian turut dijungkirbalikkan kepercayaan beragama sehingga semakin ramai menganggap persoalan agama adalah hak individu. Pemencaran tanggungjawab keagamaan menyebabkan sekularisasi pemikiran semakin meluas, dan dalam setiap konflik yang berlaku, ada campur tangan Yahudi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Revolusi Perancis, Revolusi Rusia, Revolusi Bolshevik hinggalah ke tragedi membakar al-Quran. Rabai Yahudi turut membakar al-Quran di Ramallah meskipun Terry Jones yang mengeluarkan cadangan tersebut membatalkannya pada 9 September lalu.

Itulah sebahagian sikap melampau. Sikap melampau telah menyebabkan dunia bukan sahaja tidak aman, tetapi penuh kesengsaraan. Kerana itulah, Perdana Menteri Malaysia amat yakin melalui kesederhanaanlah keamanan sejagat mampu diraih dan dicipta.

Keamanan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya setelah setiap manusia berjuang mengekang sikap dan tindakan melampau yang ada dalam hati masing-masing. Baik kesederhanaan itu dalam aspek psikologi, strategi, politik, ekonomi mahupun kemasyarakatan, sebenarnya Islam sejak kemunculan pertamanya sudah membuktikan kesederhanaan peribadi Nabi Muhammad s.a.w telah menyebabkan baginda terus dinobatkan sebagai manusia yang paling besar mempengaruhi manusia di sepanjang sejarah.

KETUA EDITOR, http://ummatanwasatan.net

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 17, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: