MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA DIKENALI DENGAN PANGGILAN “MASJID BESI PUTRAJAYA”


1. Masjid Tenku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan besi dengan baki 30 peratus konkrit.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009. Masjid ini juga dikenali dengan panggilan “MASJID BESI” oleh komuniti tempatan.

Sekiranya masjid lain di Malaysia lebih banyak menggunakan gabungan elemen Monghul, Uthmaniyah dan Eropah, masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya ini sebaliknya berbeza. Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur.

“Makna ayat itu ialah ‘dan kami naungi kamu dengan awan’, jadi arkitek masjid ini merekanya berdasarkan konsep itu. Malah terjemahan ayat ini juga diserlahkan pada binaan bumbung yang besar dan luas di ruang solat utama,” ujar Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar, Ir. Mohd. Ridzwan K. Othman.

Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

KONSEP PEMBINAAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 50,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

Masjid yang bernilai RM200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

KONSEP REKABENTUK

Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna.

Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada “lattice” dan “architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni yang unik memperlihatkan kalimah “ALLAH” daripada pandangan bawah bahagian dalaman kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MASJID

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terdiri daripada 5 aras utama yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk para jemaah dan para pengunjung.

Aras Bawah Satu (C2)
Laluan utama untuk memasuki masjid serta terdapat 10 unit lot ruang perniagaan dan 2 daripada ruang tersebut akan dijadikan perpustakaan kanak-kanak. Juga terdapat sebuah dewan serbaguna yang boleh memuatkan seramai 250 orang. Manakala bahagian hadapan di aras yang sama tersedia sebanyak 281 parkir kereta, 79 parkir motosikal dan 30 parkir basikal. Berhampiran ruang parkir tersebut terdapat kemudahan bilik pengurusan jenazah dan 3 unit kuarters 2 tingkat khusus untuk kakitangan masjid.

Aras Bawah (C1)
Aras ini terdapat sebanyak 180 parkir kereta dan juga terletaknya bilik air, tempat wuduk lelaki dan wanita. Kemudahan yang disediakan setelah mengambil wudhuk ialah tangga bergerak “escalator” yang menghubungkan di antara aras C1 sehingga aras L2.

Aras Satu (L1)
Aras yang paling penting iaitu terletaknya Dewan Solat Utama yang memuatkan 12,000 jemaah. Manakala bahagian kiri dan kanan terdapat ruang limpahan terbuka bergelar Sahn yang boleh dipenuhi seramai 6,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Aras ini juga merupakan laluan Kiblat Walk seluas 13639 meter persegi iaitu menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan bangunan masjid.

Aras Dua (L2)
Aras yang dipanggil sebagai Dewan Solat Terrace terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Dewan Solat Lelaki di sebelah kanan dan Dewan Solat Wanita di sebelah kiri. Ruang solat kedua-dua bahagian ini boleh memuatkan seramai 5,000 orang jemaah.

Aras Tiga (L3) Aras L3 (Aras Tiga)
Aras yang menempatkan bilik kawalan TV dan radio bagi kegunaan dan kemudahan pihak penyiaran TV untuk membuat rakaman.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Lif
Foyer
Koridor
Tangga
Tangga Bergerak (Escalator)
Kaunter Pelawat
Tempat Hidangan/Dapur
Bilik-bilik Teknikal/Utiliti
Bilik Kawalan Audio Visual
Bilik Menunggu Imam/Bilal
Bilik Orang Kenamaan (VVIP)
Bilik Tetamu Kehormat (VIP)
Bilik Pengurusan Jenazah
Pejabat Pentadbiran Masjid
Pejabat Penyelenggaraan Bangunan
Parkir Kenderaan Berbumbung

 

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 19, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: