JANGAN BIAR UMAT ISLAM DIPERMAINKAN


01-4-A. Jangan Biar Umat Islam Dipermainkan

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan sedang berlaku, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan formal yang kendalikan. Apakah tujuan di sebalik semua ini?

Mereka mendakwa, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan Sijil Tinggu Pelajaran Malaysia (STPM), manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun.

Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di Universiti Awam (IPTA) atau Universiti Swasta (IPTS). Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu?

Kenapa mereka tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Universiti AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam? Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi dan dijamin oleh perlembagaan?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Ultra kiasu yang membuat tuduhan sebegini amat bahaya kepada pembinaan sebuah negara bangsa berbilang kaum seperti Malaysia. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan oleh ultra kiasu yang telah berjaya melalui sistem sedia ada.

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak.

Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan. Saya harapkan tuduhan yang mengatakan mereka yang memegang jawatan GLC minyak ini masih mengekalkan habitnya meminum arak itu tidak benar.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka. Lebih menyedihkan lagi, ultra kiasu ini melarang pekerja-pekerja Islamnya menunaikan solat waktu dan soalat jumaat. Apakah semua ini bukan bertujuan untuk memurtadkan orang Islam dengan menjauhkan diri mereka daripada menjalankan perintah Allah SWT?

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam. Masihkah kita buta?

Sebelum ini juga, paderi ultra kiasu yang bergelar Tan Sri pula mendesak supaya semua sekolah mubaligh/rahib Kristian yang berjumlah lebih 400 buah seperti SMK Convent Bukit Nenas mesti berpengetuakan pengetua/guru besar Kristian dan mendapatkan kelulusan pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order. Ultra kiasu ini mengungkit janji Menteri Pelajaran pada 1976, untuk berunding dengan pihak berkuasa sekolah mubaligh berkenaan pemilihan guru besar/pengetua. Peliknya ‘sekolah mereka’ mesti dipimpin oleh mereka. Sedangkan sekolah aliran kebangsaan didesak untuk dibuka kepada semua. Adakah semua ini wajar, sedangkan kerajaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada semua sekolah ini? Di manakah kita tinggal? Dalam negara Islam atau…?

Pergilah ke negara lain yang boleh memenuhi kehendak kita, jika dirasakan sistem negara penuh dengan ketidakadilan. Jangan menjadi terlalu ultra kiasu, hanya kerana untuk mencapai matlamat busuk mereka. Saya amat yakin, ada segelintir daripada mereka, mahu menjadi negara kita sebagai sasaran Kristianiti setelah mereka berjaya di Indonesia. Jika rancangan busuk mereka berjaya dilaksanakan ke atas sebuah lagi negara Melayu ini, maka tidak hairanlah misi mereka akan terlaksana sepenuhnya selepas ini.

Lebih dahsyat lagi, dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri awal tahun 2012, mereka mendesak supaya ditubuhkan kementerian bukan Islam bagi melindungi agama-agama bukan Islam kerana didakwa ‘dibuli’ selama ini. Pesanan saya, jangan dijolok sarang tabuan. Berikan contoh pada saya bagaimana bukan Islam dibuli, didiskriminasi dan dipinggirkan di negara, berbanding dengan nasib agama Islam di negara lain? Cuba kiranya berapa banyak rumah ibadatnya dan peruntukan yang diperolehi, berbanding jumlah bilangan mereka? Bilangan rumah ibadat mereka jauh lebih besar, melebihi enam kali ganda bilangan rumah ibadat orang Islam. Apakah kita masih buta dan mahu terus berdiam diri?

Semua perancangan ini sebenarnya mahu ‘mencairkan’ jati diri dan identiti Islam. Apabila perancangan ini berjaya, semakin mudahlah mereka untuk memurtadkan kita semua kerana mereka sudah menjadi terlalu kuat. Lebih malang lagi apabila ada serangan dibuat terhadap kita, sepatutnya kita jangan bertindak terburu-buru dengan mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan seperti dikaitkan mereka yang menentang dengan gerakan Taliban.

Misalnya penentangan terhadap Konsert Elton John di Genting Highland sebelum ini. Ada cendekiawan yang mengaitkan mereka yang menentang hiburan melampau seperti konsert rock Elton John, dengan Taliban. Persoalan saya, kenapa Taliban pula yang menjadi sasaran? Apakah Taliban ini terlampau hina? Sekurang-kurang bersangka baiklah dengan Taliban. Tidak ada manusia di dunia ini mahu menyusahkan diri sendiri, melainkan dalam keadaan tertekan atau terpaksa. Lagi pula, agama manakah yang menggalakkan konsert yang melampau ini? Saya cadangkan kita semua supaya belajar perbandingan agama. Buktikan agama mana yang membenarkan hiburan melampau. Adakah kita mahu terus membiarkan orang bukan Islam hanyut tanpa agama yang menjadi landasannya?

Sepanjang bacaan saya, tidak ada agama yang menghalalkan hiburan yang melampau, apatah lagi jika artis tersebut sudah terkenal dengan cara hidup gay. Apakah kita tidak sedar bahawa, penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu. Tidaklah kita sedar bahawa semua percubaan untuk mencairkan umat Islam, bertujuan untuk memurtadkan selepas pencairan itu?

Cuba buat kajian sedikit tentang pandangan agama lain terhadap perbuatan-perbuatan yang terkutuk ini. Boleh dikatakan tidak ada satupun agama di dunia yang menghalalkan perkara yang diharamkan dalam Islam. Apa juga larangan Islam, turut menjadi larangan agama lain. Persoalannya, kenapa bila kena kepada agama Islam, maka kata-kata seperti ekstrim, konservatif, Taliban, dan berlawanan dengan hak asasi manusia dan berbagai lagi dihemburkan kepada mereka yang berjuang itu.

Cuba lihat contoh larangan dalam agama Buddha. Antara 10 larangan Buddha adalah menjauhi daripada majlis tari-menari dan bermain music, tidak boleh memakai barang kemas dan kosmetik, menjauhi pertunjukan hiburan dan sebagainya. Jika dibanding dengan Islam, agama yang manakah lebih ekstrim? Kenapa agama Islam sering dimangsakan? Di manakah justifikasi kita menghalalkan perbuatan yang melampau ini atas alasan ini hak bukan Islam? Dalam Islam, masih ada keterbukaan dan kelonggaran. Hiburan dibenarkan asalkan tidak merosak dan melalai. Memakai barang kemas dibenarkan kepada kaum wanita.

Justeru, sudah sampai masanya, umat Islam membuka mata dan minda melihat bahaya di depan mata. Orang bukan Islam terus mengasak pihak berkuasa dan umat Islam saban hari. Asakan dan desakan ini tidak lain untuk melunturkan kesucian agama kita yang mulia ini. Apakah kita masih lagi terus menggunakan pendekatan mengalah?

Ini bukan bermakna umat Islam mengambil pendapat berkeras dengan mereka. Apa yang penting adalah pertahankan hak-hak kita daripada dicerobohi. Hak-hak kita sebagai umat Islam, sudah jelas termaktub dalam perlembagaan. Hak-hak ini tidak boleh dilihat sebagai diskriminasi atau ketidakadilan. Tetapi itulah hakikat adil yang mesti diterima. Makna adil bukannya, sama rata dan sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Begitu juga perkara berkaitan hak umat Islam mendapat pendidikan di matrikulasi dan institusi MARA. Dakwaan seperti yang telah dijelaskan bukan sahaja perlu disangkal, malah tindakan setimpal perlu diambil ke atas mereka. Tidak mustahil ada kalangan kita yang akan mempercayai tuduhan liar ini. Selaku salah seorang tenaga akademik di IPTA, saya tidak pernah mendiskriminasikan pelajar-pelajar Islam dengan bukan Islam.

Jika pelajar bukan Islam layak mendapat keputusan cemerlang (A), saya akan berikan. Inilah adalah etika dan saya bertanggungjawab terhadap Pencipta. Saya akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t jika melakukan kejahatan ini, termasuk kepada bukan Islam. Adakah umat Islam mahu menempah diri ke neraka hanya kerana mahu menyelamat umat Islam yang tidak mahu merubah dirinya? Justeru, jangan melakukan tuduhan yang hina ini hanya kerana untuk mendapatkan laba politik. Jangan biarkan kita terus dipermainkan.

OLEH: PROF. MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 27, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: