MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1434H/2013M


MSMR 1

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M telah diadakan dengan jayanya pada 24 Januari 2013 (Khamis), bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminahtelah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.

Dengan bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri; YABhg. Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai; YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi; YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid; YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi; YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.

Majlis sambutan itu turut disertai lebih 13,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Terlebih dahulu, para peserta kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul, yang bermula dari bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya dan turut diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.

Pada majlis itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima anugerah yang terbahagi kepada dua kategori. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 2013 ialah YBhg. Dato’ Sri Haji Anis bin Haji Abot, Mantan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Mantan Mufti Negeri Sarawak, dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sijil dan plak serta hadiah iringan Mashaf al-Quran dan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.

Manakala penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW pula ialah YBhg. Dato’ Haji Nooh bin Gadut, Penasihat Agama Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Penasihat, Majlis Agama Islam Negeri Johor, YBhg. Tan Sri Mohd. Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan, Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Tuan Haji Mohd. Bakir bin Haji Mansor, Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Tuan Haji Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah, Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah, Ketua Program, Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah, Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), dan adik Khairunnisaq binti Khairuddin, Pelajar Cemerlang Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, sijil dan plak serta hadiah iringan mashaf al-Quran dan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.
Majlis sambutan ini diakhiri dengan ceramah khas yang disampaikan oleh pendakwah bebas, YBhg Dato’ Mohamad Zawawi bin Yusoh.

Keputusan Rasmi Senarai Penerima
Anugerah Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
Tahun 1434H/ 2013M

Penerima Anugerah Perdana

YBhg. Dato’ Haji Anis bin Haji Abot

Mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak dan Mantan Mufti Negeri Sarawak.

Penerima Anugerah

YBhg. Dato’ Haji Nooh bin Gadut

Penasihat Agama Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan
Penasihat, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

YBhg. Tan Sri Mohd. Zaman Khan @ Hassan bin Rahim Khan

Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia

YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim

Yang Dipertua, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)

Tuan Haji Mohd. Bakir bin Haji Mansor

Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM)

Tuan Haji Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah

Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Ketua Program, Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah

Ahli Majlis Kebangsaan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Adik Khairunnisaq bin Khairudin

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar mas, Kota Tinggi, Johor.

Nota: Semua penerima anugerah menerima hadiah wang tunai, trofi, sijil, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran. Manakala bagi jumlah wang tunai pula – Anugerah Perdana RM 50,000.00 – lain – lain penerima anugerah ialah RM 20,000.00.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 5, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: