MENGURUS FITRAH BERCINTA


3. Mengurus Fitrah Bercinta

Cinta merupakan antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua makhluk. Setiap makhluk punyai rasa cinta, sama ada sesama mereka atau cinta kepada pencipta, Allah SWT. Inilah yang dijelaskankan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 165 :

Surah 1 - Surah al-Baqarah - Ayat 165

Bermaksud: “Ada di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”

Manusia diciptakan Allah SWT secara berpasangan, lelaki dan perempuan. Mereka dikurniakan Allah SWT dengan rasa cinta, yang kemudiaannya menjadi penyebab kepada perkembangan warisan manusia di muka bumi Allah SWT ini. Ingatlah kembali kisah Nabi Adam dan Hawa, bagaimana dengan rasa cinta dan kasih sayang antara keduanya, melahirkan zuriat yang berkembang biak hingga memenuhi seluruh pelusuk bumi. Cinta dan kasih-sayang ini merupakan fitrah manusia yang ingin kenal-mengenali, beramah mesra, berkawan dan berpasangan.

Perhatikanlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:

 Surah 2- Surah al-Hujurat - Ayat 13

Bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal dan nafsu. Bayangkan, jika kurniaan ini dipandu dengan iman dan ketakwaan kepada Allah, pasti lahirlah manusia yang indah akhlaknya, segala perbuatannya akan mengikut syariat. Sebaliknya, bayangkan pula jika akal dan nafsu ini mengikut kehendak Iblis dan syaitan, pasti jatuhlah manusia ke lembah kehinaan, segala perlakuannya jauh tersimpang dari jalan kebenaran, perjalanan hidupnya menuju kepada laknat Allah SWT. Allah SWT telah mengingatkan kita dalam firman-Nya seperti dalam Surah Ali Imran ayat 14 :

 Surah 3- Surah Ali Imran - Ayat 14

Bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Sedarlah, umat Islam pada masa kini terus menerus diserang dengan pelbagai ideologi pemikiran, yang bukan sahaja merosakkan akidah dan keimanan. Bahkan mengubah segala perlakuan dan tingkahlaku kita ke arah yang dilarang oleh Allah SWT. Segala perlakuan yang bertentangan dengan Islam, dipaparkan sebagai kebiasaan hidup manusia moden pada masa kini. Manakala perlakuan yang mengikut syariat Allah akan dianggap jumud dan kolot. Benarlah sabda Rasullullah SAW sepertimana diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah daripada Abu Hurairah RA :

Picture3

Bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali dagang pula. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang itu.”

6. Mengurus Fitrah Bercinta

Lebih menyedihkan, umat Islam kini semakin hilang jati diri dengan pengaruh kisah-kisah cinta yang berlawanan dengan syariat Islam, yang disebarkan melalui pelbagai media. Cinta yang dicemari pergaulan bebas lelaki dan perempuan digambarkan indah dan mengasyikkan. Inilah realitinya, nikmat cinta yang dikurniakan Allah SWT telah disalahgunakan. Lihatlah generasi muda dan remaja, terjebak dalam perangkap syaitan, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Segalanya telah dihalalkan atas nama kekasih, bertunang dan sebagainya walaupun secara terang melanggar syariat Allah SWT.

7. Mengurus Fitrah Bercinta

Jika satu ketika dahulu, istilah “Cinta Monyet” sekadar cinta berbalas surat semata-mata, kini bertambah parah dengan perlakuan maksiat dan perzinaan, kiriman gambar-gambar lucah dengan mudah dihantar melalui mms, email, facebook dan sebagainya. Semuanya sanggup dikorbankan, maruah digadaikan atas nama cinta. Sebenarnya di dalam Islam tiada istilah bercinta, berpasangan dan berhubungan di antara lelaki dan wanita sebelum ikatan perkahwinan tanpa pengawasan wali atau mahram. Semua ini akan menjadi laluan kepada maksiat dan perzinaan.

Renungilah amaran Allah SWT dalam firman-Nya di dalam surah an-Nur ayat 3 :

Surah 4- surah an-Nur ayat 3

Bermaksud : “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan kepada orang-orang yang beriman.”

Bayangkan, apakah akibatnya kepada institusi keluarga dan negara jika ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka terus bergelumang dalam maksiat dan pergualan bebas?

Inilah masanya, semua ibu bapa wajib mendidik anak mereka dengan konsep pergaulan dan percintaan menurut Islam jika benar sayang dan kasihkan anak – anak.

4. Mengurus Fitrah BercintaOleh yang demikian, marilah kita kembali kepada Allah SWT, melaksanakan segala perbuatan berlandaskan syariatNya serta bersungguh-sungguh menjauhi segala yang ditegahNya. Ingatlah, nikmat cinta yang dikurniakan Allah SWT kepada kita perlu disalurkan mengikut syariatNya. Hanya cinta dan kasih-sayang yang berlandaskan syariat Allah, mendapat keselamatan dan kebahagian hingga ke akhirat kelak.

Itulah cinta sejati, cinta yang bukan sahaja membawa kebahagian di dunia bahkan kenikmatan di akhirat. Cinta yang berlandaskan nafsu, diiringi dengan kemaksiatan, hanya memberi kenikmatan di dunia, yang bersifat sementara. Kenikmatan yang akan membawa kehancuran di dunia dan akhirat. Sebaliknya nikmat cinta sejati hanya diperolehi dengan berpandukan syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

Bagi konteks sesebuah negara pula, pemimpin perlu menzahirkan kecintaanya kepada rakyat dengan mengambil berat keperluan dan kehendak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, mengotakan apa yang dijanjikan dan berusaha memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Jika ini berjaya dilaksanakan, terbuktilah wujudnya cinta sejati antara pemimpin dan juga rakyat.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyalurkan rasa cinta ini ke tempat yang sepatutnya. Bagi pemuda yang telah berkemampuan, digalakkan untuk berkahwin bagi mengelakkan maksiat. Manakala bagi yang kurang berkemampuan, banyakkanlah puasa bagi mengawal nafsu dan selalulah berdoa serta berusaha agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan isteri yang solehah. Begitulah sabda Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari Rahimahullah daripada Abdullah bin Mas’ud RA :

Picture4

Bermaksud: Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

5. Mengurus Fitrah Bercinta

Gambar Hiasan

Letakkanlah cinta Allah di tempat yang tertinggi, agar tidak terleka dengan cinta dunia. Ingatlah bahawa di mana sahaja kita berada, kita tidak berseorangan atau berdua, malah Allah SWT sentiasa melihat kita. Tidak malukah kita melakukan maksiat di hadapan Allah SWT, yang bakal menghitung segala amalan kita, yang bakal menentukan kita ke syurga atau neraka. Bertaubatlah kepada Allah SWT, semoga Allah meredhai kita.

Kesimpulannya:

Kesimpulan - Mengurus Fitrah Bercinta

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 128 :

Surah 5- Surah al-Baqarah - Ayat 128Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Sumber:  Teks Khutbah Jumaat (8 Februari 2013), terbitan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 6, 2013.

3 Respons to “MENGURUS FITRAH BERCINTA”

  1. Excellent blog, j’aime ton article concût pour les débutants. Je laisse mon premier commentaire sur ce site
    (Blog Cemerlang, Saya suka artikel anda bertujuan untuk pemula. Saya meninggalkan komen pertama saya di laman web ini)

  2. Thanks a lot for sharing this with all people you really know what you’re speaking about! Bookmarked. Kindly additionally seek advice from my site =). We will have a hyperlink trade arrangement between us

  3. Reblogged this on Myblog's Blog and commented:
    Assalammualaikom kepada semua teman2 Dan pembaca sekalian. Sekali lagi saya mahu berkongsi sebuah article yang bermanfaat untuk kita semua. Perkara2 yang telah tidak kita hiraukan di zaman moden ini. Dari sedikit sebanyak pembacaan saya terdahulu perkara begini BUKAN saja dilanggari oleh anak2 muda akan tetapi telah direstui oleh kedua ibu apa Dan keluarga sehingga anak-anak bercuti bersama kekasih. Tiada segan silu lagi. Lalu…luangkan sedikit masa untuk membaca article ini semoga ia dapat membantu kita dalam meniti kehidupan yang lebih baik Dan sempurna.

    Salam Kasih

    Sanaa 06/02/13

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: