HIBURAN SONGSANG


Hiburan Songsang 1

Allah SWT menciptakan manusia dengan naluri fitrah yang sukakan kedamaian, ketenangan dan hiburan. Dalam Islam hiburan yang sebenar dapat memberikan ketenangan jiwa, kedamaian hidup dan sentiasa merangsang ke arah nilai hidup yang baik. Namun, kita menghadapi gejala hiburan tidak sihat dalam masyarakat atau hiburan songsang. Hiburan yang disangka mengundang ketenangan, tetapi menyebabkan kesengsaraan dan keresahan yang tiada kesudahan. Sebab itulah Islam memandang berat tentang gejala hiburan songsang yang melanda masyarakat kini. Hiburan songsang adalah hiburan yang menjejaskan kemurniaan akidah, keindahan syariat dan kemuliaan akhlak muslim.

Ingatlah pesanan Allah SWT di dalam al-Quran menerusi firmanNya di dalam surah Luqman ayat 6, bermaksud:

“Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang menyesatkan dari agama Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah SWT itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”

Di antara elemen yang merosakkan hiburan adalah seperti berikut:

Pertama: Dalam aspek akidah, gejala hiburan songsang ini berlaku apabila pengamalnya berhibur sehingga mensyirikkan Allah SWT sama ada melalui lirik nyanyian, muziknya atau perilakunya.

Gambar Hiasan

– Gambar Hiasan –

Contohnya melalui lirik lagu dan nyanyian yang mendewakan syaitan dan berhala. Ada lirik yang menceritakan pengalamannya merogol seorang gadis. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan kumpulan black-metal, punk, sken head dan gothic. Bukan itu sahaja, ada sekelompok kumpulan yang dipanggil (J.I.T) iaitu Jangan Ikut Tuhan yang menghina Allah SWT, Al-Quran dan Rasulullah SAW. Merekalah antara yang memperlopori budaya hedonisme iaitu budaya berseronok dan bersuka secara keterlaluan dan melampaui batasan agama. Golongan ini menjadikan amalan dan budaya hiburan songsang mereka itu sebagai cara hidup. Tanpa disedari mereka sebenarnya meruntuhkan aqidah sebagai seorang muslim.

Ingatlah sebagaimana amaran Allah SWT dalam Surah A-Jaathiah ayat 23, yang bermaksud:

”Bagaimana fikirianmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan Allah kerana diketahuinya (bahawa dia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengaran dan hatinya serta dijadikan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah menjadikannya berkeadaan demikian? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat?”

Kedua : membelakangkan syariat Allah SWT.

KL-3

Ada umat Islam yang sanggup mengabaikan tuntutan solat hanya kerana menghadiri konsert dan pesta hiburan.
– Gambar Hiasan –

Islam tidak pernah mengharamkan hiburan. Tetapi apabila hiburan menjadi alat memuaskan nafsu semata-mata, mengejar keseronokan sementara dan melakukan perbuatan keji dan maksiat, maka ia bukan lagi suatu yang diharuskan. Contohnya pergaulan bebas lelaki perempuan atas nama hiburan sehingga sanggup melakukan perbuatan maksiat, berzina dan minum arak. Ada yang sanggup mengabaikan tuntutan solat hanya kerana menghadiri konsert dan pesta hiburan. Berhiburlah tetapi janganlah membelakangkan syariat Allah SWT. Ingatah pesanan Nabi SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abi Malik al-Asy’ari RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Segolongan daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah SWT akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah SWT akan menjadikan mereka kera-kera dan babi-babi.”

Ketiga : Membelakangkan akhlak dan syaksiah muslim.

Pegaulan dan berpakaian seolah-olah dianggap up-to-date dengan fesyen terkini. - Gambar hiasan.

Pegaulan dan berpakaian seolah-olah dianggap up-to-date dengan fesyen terkini.
– Gambar Hiasan –

Hiburan songsang berlaku apabila pengamalnya sama ada penganjur mahupun peminatnya membelakangkan aspek akhlak dan kemurniaan budi dan syaksiah diri. Budaya punk contohnya menonjolkan cara dan fesyen ikutan Barat. Cara berpakaian dan bergaul seolah-olah dianggap up-to-date dengan fesyen terkini, tetapi sebenarnya mereka merosakkan nilai budaya seorang muslim. Budaya terpekik dan terlolong dengan hiburan yang keterlaluan, memuja dan mengagungkan penghibur dan artis, mengejar kegilaan berfesyen adalah contoh cara hiburan songsang yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Di samping itu juga golongan ini berhibur dengan menjadikan wanita sebagai bahan exploitasi, bahan dagangan dan promosi. Mereka mempamerkan fesyen dan budaya luar, berpakaian tetapi telanjang. Gambaran inilah yang disebut dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RH dari Abu Hurairah RA, yang bermaksud :

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berpakaian yang menarik perhatian dan mengghairahkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.”

Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa hidup ini adalah sementara. Carilah bekalan yang membawa ketenangan dan kedamaian hakiki. Ingatlah kedamaian dan ketenangan hanyalah dengan mengamalkan seluruh ajaran Islam. Carilah hiburan yang membawa kita menikmati ketenangan dan kedamaian abadi. Allah SWT telah menyediakan cara untuk mencari ketenangan. Marilah kita gunakan kesempatan dengan umur dan peluang hidup di dunia ini dengan memperbanyakkan amalan yang menghiburkan hati kita. Didiklah diri kita untuk sentiasa dekat dengan Allah SWT dengan melaksanakan tuntutannya dan menjauhi larangannya. Binalah hubungan yang baik sesama insan, penuhilah masa dan usia dengan memperbanyakkan zikir dan amalan penyucian hati. Dengan itu hidup kita sentiasa dalam ketenangan dan kedamaian.

Oleh yang demikian, marilah kita imbas kembali intipati penting khutbah pada hari ini, antaranya :

Pertama : Islam mengharuskan hiburan sebagai memenuhi tuntutan fitrah yang bersesuaian dengan garis panduan syariat.

Kedua : Berhati-hatilah memilih bentuk hiburan dan cara untuk berhibur kerana kadang-kadang membawa kepada keruntuhan akidah, syariat dan akhlak seorang muslim.

Ketiga : Carilah ketenangan dengan memberbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran dan mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 32, yang bermaksud :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir”

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 10, 2013.

2 Respons to “HIBURAN SONGSANG”

  1. Reblogged this on Inspirasi dotCom and commented:
    Perlu beringat-ingat

  2. Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: