DADAH! – SEKALI MENCUBA MERANA SELAMANYA


1. Sekali mencuba merana selamanya

Bersempena sambutan Hari Anti Dadah peringkat Kebangsaan 2013, blog MutiaraIslam Online ingin mendedahkan bahawa dadah masih merupakan punca utama berlakunya jenayah dan menjadi ancaman kepada kesejahteraan negara. Saban hari kita didedahkan dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah di kalangan anak muda, khususnya remaja dan belia melayu yang beragama Islam. Amat menyedihkan apabila statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan bahawa 78.36% penagih dadah yang dikesan dari Januari hingga Mei 2012 terdiri daripada orang melayu yang beragama Islam. Data ini seharusnya menggerunkan kita semua dan sesuatu tindakan yang berkesan perlu dilakukan segera.

Jenis Dadah Merbahaya.-Gambar Hiasan -

Jenis-Jenis Dadah Berbahaya.
-Gambar Hiasan –

Sebahagian besar masyarakat biasa mendengar nama-nama dadah yang popular seperti heroin, ganja, Ecstasy, syabu dan sebagainya. Ia merupakan dadah perangsang yang berupaya mengaktifkan sistem tertentu pada otak lantas menyebabkan ketagihan pada seseorang walaupun kali pertama mencuba. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 Nov 2006 telah memutuskan bahawa penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan kerana menyebabkan kemudharatan. Allah SWT berfirman seperti berikut :

A1. Surah al-Baqarah - Ayat 195Persoalannya, sejauh manakah peranan kita dalam menyahut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini? Apakah pula sumbangan kita dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh nombor satu Negara?

Dadah Menggagalkan Fungsi Otak
– Gambar Hiasan –

Terdapat dua punca mengapa ramai masyarakat khususnya umat Islam terjebak dengan penyalahgunaan dadah punca dalaman dan luaran. Punca dalaman adalah disebabkan kelemahan umat Islam sendiri yang tidak mampu menepis anasir-anasir buruk akibat dari kejahilan, kerapuhan hubungan sosio-masyarakat dan pelbagai kelemahan lain. Kejahilan diri menyebabkan begitu senang ditipu dan diperangkap walaupun oleh rakan sendiri sehingga tidak mampu membezakan antara yang baik dan buruk.

Terdapat juga mereka yang terjebak berpunca dari kekosongan jiwa dan menghadapi masalah rohani. Bagi menghilangkan tekanan mereka mengambil dadah tanpa menyedari bahawa masalah lebih besar menunggu. Satu faktor yang lebih serius menyumbang ialah masalah dalaman keluarga. Peranan ibu bapa amat besar dalam memastikan anak-anak sentiasa merasai kebersamaan dalam keluarga. Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergerakan anak-anak dan bertindak tegas dalam menyusun kehidupan mereka, lebih-lebih lagi remaja. Ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan, awasi aktiviti harian mereka serta berilah pengisian yang bermanfaat sesuai dengan firman Allah SWT yang berikut :

A2. Surah At-Tahrim - Ayat 6

Punca luaran adalah merujuk kepada perancangan musuh-musuh Islam yang begitu komited dan rapi perancangan mereka dalam melihat kehancuran dan kemusnahan umat Islam. Mereka melakukan serangan dalam bentuk pemikiran ‘ghazwatul fikr’ dan serangan jasmani ‘ghazwatul jasad’. Salah satu metod yang digunakan ialah dengan mencipta bahan-bahan seperti dadah yang mampu merosakkan jasmani dan rohani sekaligus mampu menghancurkan generasi sesuatu umat. Allah SWT telah lama mengingatkan kita akan niat jahat musuh ini sebagaimana firmanNya dalam surah berikut :

A3. Surah al-Israk - Ayat 7

Dadah boleh membunuh akibat pengambilan yang berlebihan.
– Gambar Hiasan –

Sekarang terbukti perancangan musuh telah berjaya. Lihatlah berapa ramai umat Islam rosak akibat dadah, berapa banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan bagi memerangi dadah dan berapa pula harga yang terpaksa dibayar akibat hancurnya institusi kekeluargaan kesan dari bahana dadah ini.

Fikirkanlah, kita sebagai ibu bapa, sanggupkah kita melihat kehidupan anak-anak kita hancur dan mereka menjadi sampah masyarakat yang saban hari dihina, dan andai kita sebagai anak, sanggupkah kita melihat ibu bapa menderita dan malu kerana mempunyai anak yang hancur masa depan.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab bagi membanteras penagihan dadah antaranya :

A4. Peranan

A5. Kesimpulannya

Akhir sekali marilah kita sama-sama memahami firman Allah SWT seperti berikut :

A4. Surah al-Maidah - Ayat 91

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 13, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: