PEMBERI DICACI, PENERIMA “MAKAN HATI”


3. Pemberi dicaci, penerima “makan hati”Suatu hari awal tahun 2003, Mursyidul Am PAS pernah berkata “Iblis pun kalau mahu membantu PAS, PAS akan terima bantuan tersebut.” Tapi, kali ini ketika kerajaan persekutuan mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 2.7 juta keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara, Mursyidul Am PAS yang baharu balik dari Mekah berkata:” Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.”

Dua kontradiksi itu membayangkan darjah kepercayaan terhadap Mursyidul Am PAS, yang pernah dilihat sebagai manusia paling beriman dan menghampiri “maksum” sudah jatuh teruk sehingga perlukan aras psikologi baharu sebagai penandaarasan. Jika aras psikologi itu gagal diterjemahkan dalam tempoh terdekat, maka Mursyidul Am PAS akan disamakan dengan orang tua yang nyanyuk begitu enak makan “najis” sendiri.

Lewat petang Khamis (21/2/2013) ramai yang bercakap mengenai perangai pemimpin PAS yang tidak pernah merendah diri dan berterima kasih kebaikan yang diberikan oleh UMNO dan BN. Pernah dilabelkan, selagi pemimpin beragama tetap tegar dengan politik pembangkang, selagi itulah mereka akan terus menggigit tangan orang menghulurkan bantuan.

Tahap penghinaan sesama manusia oleh pemimpin PAS semakin menggila sedangkan dalam masa yang mereka menolak keras perangai orang lain yang menyindir keburukan pemimpin-pemimpin PAS yang sudah lama terlanjur bahasa dan tidak cukup budiman.

Kita mungkin teringat bagaimana komen Presiden PAS yang bernama Fadhil Nor ketika wabak JE (Japanese Encephalitis) pada tahun 1999. Ketika itu, penduduk Kg Sawah dan Bukit Pelanduk dalam daerah Port Dickson cemas menyebabkan sektor pelancongan begitu teruk terjejas.

Kata Fadil Noor, ”bahawa orang Badwi di tanah Arab menjaga unta dan kambing tetapi Badawi di Malaysia menjaga babi”. Tun Abdullah Badawi ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri yang reputasi politiknya adalah lebih hebat daripada Fadil Noor sendiri.

Tahun 1999 adalah tahun yang begitu hebat rempuhan reformasi di mana Anwar adalah sutradara politik anarki yang paling hebat selepas kecewa disingkirkan dalam jawatan kabinet dan UMNO.

Tun Abdullah Badawi memainkan peranan penting untuk membendung penyebaran JE dari terus merebak dan membujuk para penternak babi membenarkan Jabatan Haiwan Negeri Sembilan mengambil tindakan tegas. Dengan membentuk inisiatif tertentu termasuk banci jumlah keseluruhan babi di Port Dickson dan memberikan jaminan membayar setiap ekor babi yang terpaksa dihapuskan.Itulah sahaja jalan terbaik untuk menghapuskan JE dan mengelakkan jangkitan kepada manusia.

Ketika itu sudah beberapa orang mati disebabkan virus nipah. Mereka yang memakan ataupun menyentuh babi yang membawa virus nipah itu dikesan berpotensi mengidap JE. Oleh kerana ketakutan umum begitu meresahkan seluruh negara, sektor pelancongan di Port Dickson terjejas teruk.

Ketika seluruh Malaysia kecoh dengan hubungan songsang Anwar dengan pembantu peribadinya pada tahun 2008, ramai yang meminta Ketua Pembangkang yang baharu memperoleh semula gelaran Yang Berhormat itu melakukan sumpah “muhabalah”.
Mursyidul Am PAS membuat kenyataan, mengangkat sumpah dengan meletakkan tangan di atas al-Qur’an ataupun menjunjung al-Qur’an seperti amalan penganut Kristian.

Tujuannya ialah jelas mempertahankan kedudukan Anwar agar tidak terdesak untuk mengangkat sumpah “muhabalah” sebagaimana diterima oleh masyarakat umum sebagai kaedah pembersihan yang wajar.

Tradisi mengangkat sumpah bagi membersihkan diri tidak terbabit dalam kes yang mengaibkan bukanlah sesuatu yang tidak berakar-umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam. Tetapi oleh kerana ia membabitkan pemimpin pembangkang, banyaklah pandangan dijadikan alasan bahawa bersumpah tidak menjadi amalan dalam Islam.

Dalam minda masyarakat Melayu-Islam, bersumpah di masjid di hadapan al-Qur’an adalah satu petunjuk yang diterima untuk membersihkan diri daripada tuduhan buruk. Orang yang berani melakukannya dengan bersaksikan pemimpin agama dan beberapa orang saksi, ia menggambarkan keluhuran budi dan kemanisan peribadi berasaskan prinsip “berani kerana benar, takut kerana salah.”

Anwar tidak berani membersihkan diri dengan cara itu tetapi Mursyidul Am PAS memberikan pandangan sinis. Kalau nak juga bersumpah, semua orang hendaklah dipanggil untuk menyaksikannya di tempat yang terbuka. Semua makhluk wajar hadir, termasuk lembu, kerbau, kambing mahupun ayam.

Bagi Nik Aziz, jika majlis bersumpah bagi menegakkan kebenaran mestilah cukup syarat dan bila “lembu, kambing, kerbau” ataupun “ayam” tidak menjadi saksi, ia adalah tidak tepat dan tempang. Ini bererti Nik Aziz lebih percayakan “lembu, kerbau, kambing” ataupun “ayam” daripada manusia sendiri.

Keyakinan kepada haiwan sebagai saksi terbaik berbanding manusia adalah alasan untuk tidak membolehkan manusia berlaku jujur. Ini kerana “lembu, kerbau, kambing” atau “ayam” tidak memahami bahasa manusia, maka haiwan-haiwan itu adalah saksi yang boeh dipertanggungjawabkan.

Jika manusia menjadi saksi, seramai mana sekalipun ia tidak boleh dianggap sahih, kerana manusia mempunyai naluri tokoh tambah ataupun mengeluarkan reaksi emosi spontan. Manusia mampu memahami bahasa yang digunakan, dan tentunya manusia dapat melihat “body language” yang terlahir daripada proses membersihkan diri itu.

Orang yang membersihkan diri, kalau dia bersalah “body language” yang terlahir adalah berbeza dengan apa yang diucapkan. “Body language” tidak berbohong, tapi manusia boleh menterjemahkan “kebohongan” itu seolah-olah benar dan seratus peratus benar dengan berkata: tuduhan terhadap saya adalah fitnah. Tuduhan terhadap saya adalah konspirasi.
Tuduhan terhadap saya adalah sesuatu yang memang dirancangkan untuk memalukan saya dan mengaibkan seluruh keluarga saya. Tuduhan terhadap saya sengaja dilakukan untuk memusnahkan nama baik saya dan seluruh keluarga saya.

Sebenarnya itulah bahasa ayam, yang sanggup mengais-ngais dan mematuk-matuk apa sahaja demi mendapatkan makanan. Semasa mematuk-matuk itulah ayam akan makan apa sahaja yang ditemuinya, termasuk najis manusia, ulat, “hampas kelapa” mahupun sisa makanan manusia yang sudah basi.

Terlalu sukar bagi seseorang yang memahami ajaran Islam untuk menerima kenyataan bahawa diri sendiri bersalah ataupun melakukan kesalahan kerana takut maruah jatuh merudum. Walhal orang Islam sepatutnya sedar, pengakuan jujur walaupun dianggap salah, ia mampu memberikan kemenangan moral yang besar.

Kadangkala kita rasa orang bukan Islam lebih jujur daripada orang Islam sendiri kerana sanggup mengaku keburukan yang dilakukannya. Misalnya, ketika seorang menteri bukan Islam berhadapan dengan penyebaran video seks di sebuah hotel, beliau berani mengaku: sayalah lelaki dalam video itu.

Seluruh negara menghormati keputusan itu bahkan isteri menteri berkenaan sanggup memaafkan pelakukan suaminya. Meskipun kedudukan politiknya sediki terjejas, kerana kejujuran itulah juga beliau kembali mendapat perhatian daripada ahli parti berkenaan. Beliau kembali memimpin parti MCA. Meskipun ada sedikit penolakan berlaku, akhirnya penolakan itu dapat diredakan dengan baik.

Dalam industri pemotoran misalnya, pembuat kereta sanggup memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membaiki sebarang kerosakan yang timbul secara teknikalnya. Kita sering membawa laporan, Toyota ataupun pengeluar kereta Honda, Proton, Perodua bersedia memanggil balik produk untuk diperiksa kerana pihak pengeluar sedar, kerugian atas kesilapan itu mendapat keuntungan yang lebih besar dalam jangka panjang.

Orang ramai akan yakin dan percaya, bila syarikat yang mengeluarkan kenderaan itu bertindak memperbetulkan kesilapan secara percuma, ia memperkuatkan keyakinan produk itu. Pengeluar kereta tetap menghargai pelanggannya, kerana pelanggan adalah raja dan penentu kelarisan produknya. Kenderaan dicipta untuk manusia, maka jaminan kualiti ditujukan kepada manusia. Itulah konsep perkhidmatan selepas jualan adalah penting. Ini tidak berlaku dalam politik PAS, sebab itulah amat gemar berjanji semasa berkempen. Selepas pilihan raya, bila rakyat membuat tuntutan, maka dikatakanlah “ia adalah sudah menjadi sejarah.”

Bila tuntutan itu dirungkaikan kembali, pendedahan demi pendedahan dilakukan, reaksi pemimpin PAS ialah didorong atau dirancang oleh UMNO dengan mengitarkan semula isu lama yang sudah diperjelaskan beberapa kali bahkan rakyat yang terbabit sudah lama faham. Alasan menolak rasa tanggungjawab itulah juga menjadi faktor bagaimana Mursyidul Am PAS yang baharu selesai mengerjakan umrah di Mekah sanggup menyamakan ahli-ahli PAS yang menerima BR1M sebagai “ayam dan lembu” manakala bantuan seperti “hampas kelapa, padi dan jerami.”

Ia berlainan dengan ”jaminan kuasa” yang ditentukan oleh rakyat, pemimpin pembangkang sanggup membiarkan rakyat terus bergelut dengan ketidaktentuan kualiti. Pemimpin pembangkang hanya menuding jari kerana sesiapa sahaja, termasuk ahli-ahlinya atas alasan, ahli-ahli tidak akan faham perkara-perkara teknikal.

Begitulah yang sudah sekian lama berlaku dalam diri pemimpin PAS. Kalau nak ditelitikan dosa-dosa mereka yang sengaja disembunyikan memanglah banyak. Dengan menyembunyikan dosa-dosa itu, para pemimpin PAS bahawa kedudukannya akan selamat dan berjaya ditutup daripada pengetahuan umum.

Boleh sahaja kita mengambil contoh apa yang dialami oleh ramai pemimpin PAS. Akibat pemimpin PAS bijak menyulam hadis dan al-Qur’an, ramai rakyat yakin pemimpin-pemimpin mereka adalah “anugerah Tuhan”. Mereka sahajalah yang betul dan benar, bila ada yang mempersoalkan sesuatu pendirian, terhamburlah kata-kata: terdesak, terhimpit dan ketandusan modal.

Barangkali juga bagi pemimpin pembangkang dengan berdiam diri, lama kelamaan kekurangan itu akan hilang dengan sendirinya. Bila rakyat tidak mempersoalkannya, maka makin mudahlah pemimpin PAS menyusun siri pembohongan lebi besar, rakyat tegar mereka tidak akan menyoal. Apa kata ulama, maka itulah yang wajar dipatuhi. Membantah ulama, bererti tidak menghormati agama kerana ulamalah yang lebih tahu dan berpengetahuan berbanding orang lain.

Ulama yang menyokong musuh politiknya, akan dianggap tidak berwibawa kerana ulama berkenaan begitu takut menegur untuk membaiki kerumitan, malu besar. Bukan kepalang menanggung, dan berat lagi bahu yang mengandar dosa-dosa sendiri kerana dosa-dosa itu tidak boleh disimpan kekal dalam kotak kebal.

Benarlah kata seseorang kepada saya, pendirian Mursyidul Am PAS itu menggambarkan kegagalannya yang jelas dan terang kepada masyarakat umum. Kalau lebih setahun lalu beliau dipersoalkan mengenai model negara berkebajikan, maka kali ini beliau turut menafikan pendirian sebelumnya. Usaha beliau untuk tidak menggalakkan rakyat Kelantan menerima BR1M pada kali ini menampakkan kebodohannya sendiri, sebuah refleksi flip-flop terbesar dalam hidupnya.

Beliau mengkritik keras pemberian BR1M, kerana negara berkebajikan yang hendak ditawarkan oleh PAS sudah tidak laku lagi. Bahkan, BN sudah sekian lama melakukan kebajikan yang lebih banyak. PAS hanya melakukan kebajikan dari segi air liurnya sahaja, hampir menyamai sikap pengusaha air jampi yang dengan lantangnya mendakwa setelah meminum beberapa lama, ia mampu menghilangkan pelbagai penyakit dan gangguan.

Saya cadangkan supaya ulama juga minumlah air jampi yang didakawa mengandungi bacaan 30 juzuk al-Qur’an dan doa-doa mustajab bagi menjernihkan hati dan sikap politik mereka. Biarlah mereka mampu membezakan yang mana baik dan mana pula yang buruk, bersedia mengakui jika kebaikan tetap sebagai kebaikan walaupun ia dilaksanakan oleh musuhnya, bersedialah untuk menawarkan kebaikan yang lebih besar. Itu baharulah politik bersih dan bukannya politik haiwan.

Dengan menyamatarafkan penerima BR1M dengan “lembu dan ayam”, maknanya ulama itu sendiri boleh disamakan pula dengan penternak ayam dan lembu yang hanya tahu melepaskan ternakan itu mencari makan sendiri. Ternakan itu dilepaskan di kawasan terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan lembu dan ayam mengacau ganggu tanaman orang lain, dan ayam menyelinap ke mana sahaja untuk mengisi perut.

Penternak hanya tahu bila lembu dan ayamnya tidak pulang ke reban, ada sesuatu yang berlaku, mungkin lembu atau ayamnya hilang. Sebab itulah kejadian curi ayam dan lembu kian menjadi-jadi, kerana perangai penternaknya sendiri yang kurang mengambil tanggungjawab. Lembu dibiarkan tidur dan berkeliaran di jalan raya. Situasi itu memang perkara biasa di Kelantan.

Ayam dibiarkan tidur merata-rata sehingga di atas pokok. Cara mereka menternak, hanya seadanya. Tidak menghormati orang lain. Hanya terlalu mementingkan diri sendiri, maka bila lembu menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya, tuan punya tidak akan mengaku. Bila lembunya didapati hilang atau dicuri orang, dibuat laporan ke balai polis untuk siasatan.

Apabila ulama memberikan bantuan, wang dan apa-apa kepada seseorang dengan tujuan tertentu, tiada siapa yang mengomentarkannya. Sebaliknya, ramai yang menerimanya kerana Tok Guru beri ada keberkatannya. Tok Guru “bersedekah” walaupun niat sebenarnya ialah agar orang yang menerimanya mengundi calon PAS seperti berlaku dalam PRK DUN Galas, Gua Musang.

Tok Guru juga pernah memberikan wang kepada pengurus tokong Buddha di Kelantan agar masyarakat Siam terus menyokong parti itu. Ramai orang tahu, kalau bukan kerana politik, Tok Guru tidak sanggup nak masuk ke “ketik Siam” bertemu tok sami. Tok Guru sebenarnya lebih teruk “lembu dan ayam” kerana sanggup lakukan apa sahaja bagi menghalalkan tindakan politik haiwannya: yang memberi dicaci, yang menerima dihina.

Dwistandard, bila dia memberi itu adalah sedekah, bila PAS menerima ia adalah amalan terbaik. Yang dia perah dan tagih ialah undi, undi,undi dan undi sehingga sanggup menipu diri. Itulah perangai pemimpin ulama dalam PAS yang betul hanya dirinya, kerana selalu sangat betul, tidak sedar diri telah tersasar dan terpesong jauh dari dari sesuatu yang dikategorikan sebagai benar dan betul. Orang seperti itu sebenarnya perlu dirawat segera bagi mencari punca, petanda depresi sudah ada.

Penyakit itu kalau dibiarkan memang bahaya. Bahayanya bukan dirinya seorang, orang lain ikut terpana.

Sumber: Monosin Sobri, ummatanwasatan.net
Susunan/Grafik: Lokman hashim, mutiaraislam online

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 23, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: