“PELIHARA JIWA” – JAUHI SIFAT TERBURU-BURU


Pelihara Jiwa

Sikap terburu-buru dan gopoh-gapah terutama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dilarang dalam Islam. Sikap ini berpunca daripada seseorang yang tidak dapat mengawal hawa nafsu yang gelojoh dan rakus. Di sebabkan terlalu sibuk mengejar urusan dunia seseorang itu tidak dapat mengawal akal dan fikirannya dengan waras.

Suasana haru-biru ini, lebih-lebih lagi ketara apabila tiba musim cuti umum, cuti persekolahan atau cuti hujung minggu, yang mana ramai para pemandu menunjukkan belang berlumba-lumba menuju destinasi masing-masing.

Sikap tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri, boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. Punca sikap terburu-buru ini adalah terlalu ghairah, gopoh dalam melakukan sesuatu sehingga menyebabkan diri terburu-buru.

Pada kebiasaannya mereka yang mengamalkan sikap seumpama ini, kerja yang dilakukan tidak sempurna dan berkesan. Bimbing dan didiklah anak-anak dengan sifat sabar, tenang dan tidak gopoh. Sikap ini adalah sebagai ujian dan kesabaran kepada seseorang. Semasa kesesakan di jalan raya adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.

Oleh itu seseorang hamba-Nya yang mendapat cubaan, haruslah bersabar ketika ujian tersebut. Hanya dengan keimanan yang kukuh akan dapat mengelakkan keadaan ini. Perkara ini ada kaitan dengan firman Allah SWT dalam surah “ al-Baqarah” – Ayat 257 yang berikut :

Picture4-al-Baqarah - Ayat 257

Yang bermaksud :

“Allah Pelindung kepada orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Hanya dengan amalan sikap sabar akan dapat mengatasi sikap terburu-buru dan tergesa-gesa ini. Melalui sifat sabar seseorang itu dapat menguatkan keimanan di dalam hatinya.

Kebanyakan mereka yang terburu-buru di jalan raya tidak mempunyai sifat sabar.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula ditimpa musibah.”

(riwayat al-Bukhari)

Sikap terburu-buru iaitu dalam keadaan tergesa-gesa untuk sampai ke sesuatu tempat adalah sikap yang tidak baik. Sikap ini berpunca daripada tidak dapat mengawal hati dan akal serta emosi dengan seimbang. Oleh itu, sikap berlapang hati dan sabar akan dapat mengatasi sikap buruk ini. Allah SWT berfirman dalam surah “Ali Imran” – Ayat 159 yang berbunyi seperti berikut :

Picture5-Ali Imran – Ayat 159

Bermahsud :

“Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Mengikut sunah Nabi SAW tunaikan solat sunat sebelum keluar dan memulakan perjalanan. Digalakkan memulakan perjalanan pada awal pagi dan berdoa sebelum memulakan perjalanan seperti :

“Maha Suci Allah yang telah tundukkan bagi kami (kenderaan) ini dan tidaklah kami dapat mengawalnya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah tempat kami kembali.”

(Mishkaat)

Disarankan juga membaca doa ini:

“Ya Allah, Kaulah yang bersertaku dalam perjalananku dan penjaga ahli keluargaku dan hartaku.”

Diriwayatkan sudah menjadi kebiasaan, Nabi SAW apabila baginda kembali daripada sesuatu perjalanan baginda biasanya lakukan pada waktu Dhuha.

Pertama baginda akan ke masjid, menunaikan dua rakaat solat Nafilah dan duduk di dalam masjid bertemu orang ramai buat seketika sebelum kembali ke rumah. (riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Mereka yang mempunyai banyak bekalan semasa dalam perjalanan hendaklah memikirkan keperluan orang lain yang berada dalam kekurangan.”

(riwayat Muslim)

Jelaslah, bahawa persediaan yang rapi dan terancang akan menyebabkan seseorang itu tenang dan sabar. Dalam hal ini, kita juga perlu memikirkan orang lain terutama jika kita melakukan perjalanan yang jauh.

Lawan kepada sikap terburu-buru adalah sifat tenang dan sabar dalam melakukan sesuatu. Bertindak dengan bijak, merancang dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jangan lakukan perkara di saat-saat terakhir yang kedang-kadang boleh menyebabkan dan mengundang sikap terburu-buru.

Islam mendidik kita supaya sentiasa tabah, tenang dan sabar dalam menghadapi apa juga situasi. Sehubungan dengan ini, Rasulullah SAW bersabda:

“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.”

(riwayat Ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Kesimpulannya, jadikanlah sifat sabar dalam hati sebagai benih keimanan yang tumbuh dalam tubuh. Melalui sifat sabar sikap terburu-buru dan tergesa-gesa di jalan raya dapat dielakkan. Orang yang sabar selalunya lebih selamat dan dilindungi oleh Allah SWT kerana kesabarannya menghadapi ujian seperti kesesakan di jalan raya dan dugaan yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah “Fusilat” – Ayat 35 seperti berikut :

Picture6-Fusilat – Ayat 35

Maksudnya :

“Dan tidaklah diterima kebaikan itu melainkan orang yang sabar, dan tidak dapat diterima juga melainkan orang yang mempunyai kebahagiaan yang besar.”

Tulisan/Susunan : Editor

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 25, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: