KEBERSIHAN CABANG IMAN


Kebersehan Cabang Iman 2
Yakinlah, kebersihan adalah perkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Ini kerana, penjagaan kebersihan menggambarkan kualiti iman seseorang Muslim dan memperlihatkan komitmennya dalam melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Isu penjagaan kebersihan ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai seorang Muslim dan pengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mari kita renungi bersama firman Allah SWT di dalam surah “al-Baqarah” : ayat 222:

Kebersehan Cabang Iman 3

Bayangkan, betapa indahnya jika kita memperolehi kasih sayang daripada Allah SWT ini hanya kerana kita menjaga kebersihan diri dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Inilah ciri-ciri orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Bukankah dengan bertaubat itu dapat membersihkan hati kita dari kekotoran dosa yang menyelubungi hati kita? Dan sememangnya hati yang bersih itu sangat mencintai kepada kebersihan. Inilah yang menjadi pemangkin kepada penjagaan jasmani kita dari sebarang kekotoran dan kekejian. Hayati bersama sabda Rasulullah SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah daripada Abi Malik al-Asy’ari RA :

Kebersehan Cabang Iman 4

Ingatlah, amalan menjaga kebersihan ini hendaklah dibudayakan dalam kehidupan kita. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan supaya menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal, tempat ibadat, tempat- tempat awam, tempat makan seperti restoran dan sebagainya. Islam juga amat menggalakkan umatnya membersihkan diri sebelum melakukan segala kefarduan yang telah diwajibkan serta sebelum melakukan perkara-perkara sunnah.

Picture5

Kita mesti peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat ibadat seperti masjid dan surau sentiasa dalam keadaan bersih. Begitu juga dengan segala kemudahan yang disediakan seperti dewan solat, bilik air dan tempat wuduk hendaklah dijaga supaya sentiasa baik, kelihatan bersih, tidak pula dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kebersihan masjid dan surau merupakan tanggungjawab semua umat Islam, bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran bagi mereka yang menjaga dan membersihkan masjid.

Sedarkah kita bahawa selama ini berapa banyak perbelanjaan yang telah di keluarkan oleh pihak kerajaan demi memastikan kita mendapat kemudahan yang bersih dan selesa. Adakah wajar segala perbelanjaan yang dikeluarkan itu menjadi sia – sia kerana sikap sesetengah umat islam yang tidak mempedulikan kebersihan. Sesungguhnya, sikap mereka yang tidak memperdulikan kebersihan boleh mengundangkan kemurkaan dari Allah SWT.

Picture4Kebersihan bilik air dan tempat wuduk di masjid perlu dijaga dan diselengara dengan baik bagi menjamin kebersihan dan kesucian masjid secara keseluruhan. Ingatlah bahawa suci daripada sebarang najis dan kekotoran itu merupakan syarat sah menunaikan ibadah kepada Allah SWT. Bagimana mungkin kita berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan kita masih kotor dengan najis, apatah lagi apabila berhadapan dengan Allah SWT. Oleh itu diwajibkan keatas setiap Muslim yang ingin menunaikan solat untuk memastikan segala pakaian dan peralatan yang digunakan untuk menunaikan ibadah solat dalam keadaan bersih dan suci dari segala najis. Inilah hikmahnya Islam telah menetapkan bahawa cara membersihkan diri apabila hendak menghadap Allah SWT ialah dengan berwuduk. Dengan berwuduk, kita bukan sahaja dapat menyucikan diri dari hadas kecil bahkan ianya juga mengandungi hikmah yang besar iaitu menyucikan hati sebelum menghadap Allah SWT. Ingatlah bahawa hanya hati yang suci akan melahirkan minda yang sihat dan minda yang sihat akan melahirkan perbuatan dan tutur kata yang terpuji.

Picture2-a

Masjid dan surau merupakan pusat peribadatan terutamanya ibadah solat. Kawasan ibadah ini perlu dijaga dan dipelihara dari kekotoran sama ada yang berbentuk jelas seperti kencing dan najis binatang mahupun yang berbentuk tersembunyi seperti bau busuk dan hanyir di karpet, sejadah dan telekung yang disediakan. Bagaimana ahli Jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan khusyuk sedangkan keadaan persekitaran masjid sama ada luar atau dalam berkeadaan busuk dan berbau? Justeru, inilah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap pegawai dan jawatankuasa masjid untuk memastikan keadaan masjid yang sentiasa bersih dan suci. Ia juga menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk bersama membantu menjaga kebersihan masjid dan surau.

Marilah kita sama-sama muhasabah semula adakah diri kita sudah bersih dari kekotoran sama ada rohani atau jasmani? Bagaimana kita dapat memelihara masjid dan surau dari sebarang kekotoran sedangkan diri kita pun masih lagi kotor? Ketahuilah bahawa punca kepada sikap pengotor dalam diri umat Islam adalah kerana mereka tidak menjaga rohani daripada kekotoran akibat dosa-dosa yang telah dilakukan. Inilah yang menyebabkan mereka selesa dengan keadaan kotor bahkan langsung tidak ada kesedaran untuk memelihara kebersihan diri apatah lagi masjid dan surau.

Hayatilah beberapa saranan yang dapat dijadikan panduan supaya kebersihan bilik air masjid dan surau dapat dipelihara dan dapat mengubah persepsi orang lain terhadap pusat ibadah ini:

Pertama : Kesedaran melalui tarbiah dan didikan sempurna.

Kebersihan memang sangat dititikberatkan oleh Islam sehinggakan para ulama’ seperti ulama’ hadis meletakkan satu bab khusus yang membicarakan mengenai kebersihan pada permulaan kitab. Inilah yang menunjukkan bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dari sebarang kekotoran dalaman dan luaran.

Berazamlah untuk menjadi umat Islam yang bersih bermula dengan diri sendiri dan seterusnya menerapkannya di dalam keluarga, masyarakat dan Negara. Masyarakat yang memelihara kebersihan diri mereka inilah yang dapat memastikan kebersihan masjid dan surau mereka terpelihara dan menjadi contoh kepada masyarakat dan bangsa lain. Kebersihan ini juga pasti akan terpancar melalui perbuatan dan tutur kata. Adakah kita sudah berpuas hati dengan tahap kebersihan diri kita dan tempat ibadah kita?

Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah “an-Nisaa” : ayat 49 :

Kebersehan Cabang Iman 5

Kedua : Kempen kebersihan yang berterusan.

Picture7Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menjalankan program Penarafan Bilik air dan bilik Wuduk Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan dan ianya telah dilancarkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada penghujung tahun yang lalu. Inilah antara kempen dan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan semata-mata untuk memastikan umat Islam di Negara ini mengambil berat terhadap kebersihan rumahrumah ibadat dan seterusnya memastikan kebaikan ini dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Kempen-kempen memupuk kebersihan ini tidak akan berjaya seandainya sikap umat Islam masih lagi di takuk yang lama, tidak pedulikan tanggungjawab menjaga kebersihan rumah Allah ini dan hanya mementingkan diri melebihi kepentingan
masyarakat.

Ketiga : Program gotong-royong berkala.

Tanggungjawab menjaga dan memelihara kebersihan bukan hanya terletak pada bahu jawatankuasa dan pegawai masjid semata-mata tetapi ia juga adalah tanggungjawab kita bersama. Perbanyakkan program kemasyarakatan seperti mengadakan gotong-royong secara berkala untuk memastikan kebersihan masjid dan surau terutama bilik air dalam keadaan bersih dan selesa. Sentiasalah kita menyuburkan semangat kesukarelawan ini kerana pihak kerajaan sentiasa memberi sokongan terutamanya dengan pelbagai program dan insentif yang telah disediakan.

Usaha ini bukan sahaja memelihara keindahan suasana masjid dan surau tetapi juga dapat mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan di antara umat Islam dan di antara jawatankuasa dan pegawai masjid dengan anak kariah. Inilah di antara matlamat utama memakmurkan rumah Allah SWT.

Hayatilah firman Allah SWT ini yang menggalakkan kebersamaan dalam melakukan perkara kebaikan sebagaimana di dalam “surah al-Maidah” : ayat 2 :

Kebersehan Cabang Iman 6

Keempat : Menguatkuasakan peraturan di bilik air dan tempat wuduk.

Manusia sememangnya alpa dan leka malah sudah menjadi tabiat manusia melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat dan adab Islam. Apabila tidak ada peraturan dan undang-undang, semestinya kita mudah melakukan kesilapan seperti melakukan vandalisme atau mengotorkan bilik air dan tempat wuduk masjid.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengubah persepsi dan gejala negatif ini, jawatankuasa masjid boleh menetapkan peraturan kepada ahli Jemaah yang menggunakan kemudahan ini dan memberi denda kepada sesiapa yang menyalahgunakannya. Inilah cara yang berkesan untuk mendisiplinkan umat Islam.

Peraturan ini bukanlah untuk membebankan namun ia adalah satu proses tarbiyah bagi mensejahterakan hidup supaya kita sentiasa cintakan kebersihan.

Kebersehan Cabang Iman 9

Marilah kita bersama-sama memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha yang murni ini. Amalkanlah akhlak dan adab Islam yang sememangnya sangat menitikberatkan kepada penjagaan dan pemeliharaan kebersihan dalam semua aspek kehidupan. Tinggalkan segala tabiat buruk seperti merokok, meludah meratarata,mengotorkan dan melakukan kerosakan di kawasan persekitaran masjid dan surau terutamanya bilik air dan tempat wuduk. Sesungguhnya orang yang benarbenar bertakwa dan mempunyai keimanan yang kukuh kepada Allah SWT tidak akan sekali-kali melakukan semua tabiat buruk ini.

Marilah kita mengambil iktibar daripada tajuk yang diperbincangkan ini, antaranya:

Kebersehan Cabang Iman 7

Firman Allah SWT dalam surah “an-Nur” : ayat 21 :

Kebersehan Cabang Iman 8

Disunting oleh: Editor, MutiaraIslam Online

Sumber: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 28, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: