DAKWAH MODEN


Dakwah Moden
Tanggungjawab untuk mengangkat dan menyebarkan syiar agama Islam tidak akan terhenti walaupun wafatnya Nabi Muhammad SAW. Peranan dilakukan oleh para pendakwah termasuk pihak berkuasa negara Islam telah menyebabkan agama itu diterima positif oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat bukan beragama Islam.

Jika zaman dahulu, penyebaran agama Islam dijalankan melalui pelbagai cara seperti pelawaan dan penerangan tetapi pada masa kini memerlukan perancangan secara berhemah untuk menarik hati masyarakat khususnya generasi belia.

Maka timbul cetusan idea untuk meneruskan tanggungjawab dakwah melalui pelbagai saluran termasuklah media massa. Berbanding waktu sebelum ketibaan alaf baru, usaha dakwah hanya dibuat melalui cara ceramah, bengkel dan sebagainya tetapi kini kemunculan media baru seperti facebook, twitter dan youtube sedikit sebanyak telah membantu dakwah agama Islam. Juga terdapat penyembaran agama Islam melalui blog-blog individu seperti Blogspot, WordPress dan sebagainya.

Dakwah secara bergini sangat-sangat dialu alukan kerana ia merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap “Kefahaman Islam” untuk membangunkan pemikiran ummah dan menyebarkan dakwah sebagai penyampai ilmu serta pemangkin minda ummah.
Usaha itu bukan merupakan jalan yang mudah kerana tindakan tersebut memerlukan idea, kreativiti dan inovasi supaya masyarakat tidak bosan dengan penyampaian berkenaan.
Hal itu bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 125 Surah al-Nahl bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka yang engkau serukan itu dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Sehubungan itu, kewujudan saluran televisyen dan radio bercorak Islam, pembikinan filem, drama dan animasi adalah usaha terbaru yang dibuat oleh para pendakwah. Lebih membanggakan terdapat juga dalam kalangan mereka mencipta video komedi tetapi menyelitkan mesej keislaman lalu memuat turun dalam laman web video YouTube dan akhirnya mencatat bilangan jutaan pengunjung.

susunan: Editor, mutiaraislam online

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 1, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: