KAFIR TANPA DI SEDARI


Gerakan Kristianisasi Sasarkan Pada Asia dan Afrika - Inside

Gerakan Kristianisasi Sasarkan Pada Asia dan Afrika

Walaupun Eropah menjadi benua Kristian dengan memiliki warisan agama itu secara zahir seperti adanya gereja-gereja lama, tetapi realitinya, majoriti sudah menjadi atheis. Justeru, benua yang menjadi tonggak pada agama Kristian ialah Amerika. Keseluruhan benua itu, utara dan selatan adalah Kristian. Sementara negara utama Kristian adalah Amerika Syarikat.

Agama Kristian terbahagi pada tiga mazhab secara umumnya iaitu Katholik, Protestan dan Orthodoks. Tetapi mereka tetap membela mazhab lain di kalangan Kristian. Namun begitu, sudut pandangan mereka bukanlah berbentuk agama, tetapi ialah tamadun. Fokus mereka bukanlah agama tetapi tamadun Barat.

Tamadun Barat dilihat sebagai meliputi agama Kristian tetapi juga Yahudi serta fahaman atheisme yang muncul sebagai manifestasi sains, demokrasi dan kapitalisme. Bagi Barat, asas tamadun mereka ialah Yahudi, Yunani dan Rom. Walaupun pada satu masa Kristian bertelagah dengan Yahudi dan Yunani serta Rom pula pernah dianggap sesat. Tamadun Barat ini cuba menguasai dunia dengan sekaligus menyebar agama Kristian. Kalau tidak boleh secara lembut, maka dilakukan dengan keras. Maka dalam zaman imperialisme, bermula dari Portugis hinggalah kepada British, mereka berjaya mengkristiankan seluruh benua Amerika.

Di Asia, negara yang berjaya dikristiankan sepenuhnya ialah Filipina. Tetapi di banyak negara di Asia dan Afrika, Kristian berjaya bertapak. Justeru apabila kemudian Filipina mencapai kemerdekaan, tokoh yang memperjuangkannya, Jose Rizal adalah seorang Kristian. Filipina berjaya dijadikan sebuah negara Kristian walaupun setelah ketiadaan penjajah.

Sebelum kedatangan penjajah, seluruh benua Afrika dan Asia didominasi oleh Islam. Kejayaan mengkristiankan Filipina adalah satu pencapaian besar walaupun di bahagian selatan, penduduknya masih berpegang teguh pada Islam. Ini kerana sebelum datangnya penjajah, kebanyakan kota utama dikuasai Islam. Umpamanya Manila diasaskan oleh orang Islam yang namanya berasal daripada perkataan Maanullah. Walaupun di bahagian selatan, penduduknya majoriti Islam tetapi apabila merdeka, ia tidaklah dilepaskan sebagai negara berasingan. Malah ia terus diperintah oleh pihak Kristian.

Dengan Filipina menjadi Kristian, maka wilayah ini telah terpisah daripada Nusantara yang agama dominannya adalah Islam. Bukan itu saja, dengan pakatan antara Sepanyol dan Britain, kesultanan Sulu berpecah, ia menjadi kecil dengan sebahagiannya berada di Filipina, sebahagian yang lagi satu pula di bawah Borneo Utara. Dengan pengkristianan berlaku di kalangan peribumi Animis di situ, Sabah kemudiannya tidak lagi muncul sebagai negeri yang dominan Islam.

Pengkristianan juga dilakukan dengan pesat semasa penjajahan di Hindia Timur Belanda yang akhirnya apabila merdeka sebagai Indonesia, ia tidak boleh diisytiharkan sebagai negara Islam kerana di bahagian timurnya didominasi oleh pihak Kristian.

Sementara Sumatera sebagai wilayah Indonesia yang awal menganut Islam telah tidak sepenuhnya menjadi pulau Muslim. Ini kerana penjajah telah berjaya mengkristiankan wilayah Batak.

Di Tanah Melayu, kekuasaan orang Islam dilemahkan oleh penjajah British dengan ia bukan saja menguasai negeri-negeri Selat tetapi ia membahagi dua negeri-negeri Melayu di utara, sebahagiannya diserahkan pada Siam.

Maka, apabila Malaysia ditubuhkan dengan gabungan Malaysia Barat dan Malaysia Timur, masa depan negara ini tidak sepenuhnya menjadikan umat Islam dominan. Kekuasaan terpaksa dibahagi dengan penganut Kristian di Sarawak dan Sabah.

Di Asia, British berjaya menghapuskan kerajaan Islam Moghul di India. Sementara di China, dinasti akhir negara itu berjaya ditumbangkan oleh gerakan nasionalis pimpinan Sun Yat Sen yang beragama Kristian.

Kini, selain Filipina, negara Asia yang dianggap Kristian ialah Korra Selatan. Proses usaha pemurtadan terus berlaku dengan harapan mereka bahawa Asia akan menjadi benua Kristian.

Susunan : Editor, MutiaraIslam Online

(Petikan daripada majalah Dakwah, terbitan YADIM, Mac-April 2012)

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 2, 2013.

Satu Respons to “KAFIR TANPA DI SEDARI”

  1. idealogi Malaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: