MENJADI DIRI YANG SEIMBANG


2. Menjadi Diri Yang Seimbang

Islam menganjurkan agar kaum Muslimin bergaul dengan orang lain. Mereka dengan mudah dapat dibezakan daripada penampilannya, pakaiannya, perilakunya yang sopan dan tindakan-tindakannya yang baik, sehingga mereka menjadi teladan dan berguna bagi masyarakat.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn al-Hanzaliyah, Nabi s.a.w bersabda kepada para sahabat ketika bertemu dengan saudara-saudara seiman mereka, yang bermaksud:

”Jika kamu hendak mengunjungi saudara-saudaramu, maka perbaikilah pelana (untamu) dan kenakan pakaian yang baik, sehingga kamu berada di tengah-tengah orang lain seperti seorang yang berhias, kerana Allah tidak menyukai kejelekan.”

Nabi s.a.w menilai sikap orang yang penampilan tidak rapi, tanpa menyisir rambut, comot dan pakaian selekeh, sebagai sikap yang buruk. Sikap seperti itu dibenci dan dilarang dalam Islam.

Seorang Muslim sejati tidak mengabaikan dirinya, betapapun sibuk dalam tangungjawab keislamanya, kerana penampilan lahiriah seseorang tidak dapat dilepaskan daripada sifat batiniahnya.

Seorang Muslim yang bijak ialah orang yang yang melihat keseimbangan antara keperluan badan, fikiran dan jiwanya. Ia memberi perhatian kepada ketiga-tiga perkara itu tanpa menekanan aspek yang satu dan mengabaikan aspek yang lain. Dalam rangka menjaga keseimbangan yang sebenar, dia mengikuti bimbingan yang bijak daripada Nabi s.a.w.

Baginda bertanya kepadanya (Abdullah), “Kalau tak salah, aku telah mendengar bahawa kamu berpuasa sepanjang hari dan mengerjakan solat sepanjang malam?”
Abdullah menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.”

Rasulullah mengatakan kepadanya yang bermaksud :

“Jangan berbuat begitu. Puasa dan berbukalah, tidur dan bangunlah. Setiap anggota badan memiliki hak masing-masing; matamu memiliki hak, isterimu mempunyai hak, dan tamu-tamumu juga mempunyai hak.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapatkah seorang Muslim mencapai keseimbangan antara tubuh, fikiran, dan jiwanya?

Seorang Muslim mesti merawat tubuhnya, senantiasa menjaga kesihatan dan kekuatannya. Maka, dia harus seimbang dalam makan dan minum, menghindari kerakusan, mengamabil pemakanan hanya apa yang diperlukan untuk menjaga kesihatan dan tenaganya.

Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

3. surah al-A’raf - ayat 31

Demikian juga, Nabi s.a.w menasihatkan perihal keseimbangan dalam makan dan minum (yang bermaksud):

”Tidak ada tempat yang lebih buruk bagi anak Adam untuk dipenuhi daripada perutnya sendiri. Maka apabila dia hendak mengisinya, hendaklah dia membaginya sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga sisanya untuk udara.”

Umar r.a. berkata :

”Hati-hati mengisi perutmu dengan makanan dan minuman. Kerana hal itu berbahaya bagi tubuh dan menyebabkan sakit dan malas mengerjakan solat. Seimbanglah dalam makan dan minum. Kerana yang demikian lebih menyihatkan tubuhmu dan menjauhkan dari berlebih-lebihan. Allah membenci orang yang gembrot (orang yang gemar hidup bermewah-mewah), dan seseorang tidak akan dikutuk sampai ia mendahulukan hawa nafsunya daripada agamanya.”

Seorang Muslim tidur awal dan bangun awal dan tidak memakan ubat kecuali ketika sakit. Di samping itu, segala sesuatu dalam cara hidup ditujukan untuk menjaga kesihatan dan tenaga yang alamiah.

Seorang Muslim yang bijak sedar bahawa seorang mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, sehingga dia berusaha untuk memperkuat tubuhnya melalui pola hidup yang sihat.

Meski seorang Muslim sentiasa memiliki kesihatan fizikal yang baik, kerana menghindari daripada makanan dan minuman yang haram dan tidak baik, dan kerana menghindari kebiasaan-kebiasaan buruk seperti bangun terlambat dan gemar melakukan aktiviti yang merosak kesihatannya, dia tetap perlu melakukan usaha-usaha untuk memperbaiki kekuatan tubuhnya.

Susunan: Editor, mutiaraislam online

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 2, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: