TANGGUNGJAWAB ULAMA JAGA LIDAH


Picture5TEGURAN yang dibuat minggu lalu oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria atas keceluparan mulut seorang pemimpin yang menghina penerima bantuan sangat bertepatan dan munasabah. Asas teguran beliau cukup kuat dari segi agama. Ini kerana ALLAH SWT mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) bercakap atau bertindak tidak sesuai dengan tahap pengetahuan mereka.

Dari segi realiti, ucapan yang bersifat kemunafikan bukanlah teladan yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Bahkan sepanjang menyampaikan dakwahnya, Rasulullah SAW sangat menekankan kesantunan berbahasa dan memberi nasihat menggunakan hujah yang jelas dalam surah “al-Nahl”- Ayat 125 :

Picture5a

Rasulullah SAW tidak pernah mencerca kaum musyrik secara kasar dan angkuh. Sebaliknya Baginda sering memohon keampunan dan kebaikan bagi mereka. Tahap keimanan seseorang itu ditentukan dengan pemakaian bahasa yang berkesan dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada khalayak sasaran.

Kesempurnaan imannya dapat dilihat daripada cara dia memelihara lidah dan perkataannya, serta tidak memperkatakan sesuatu yang tidak patut menurut agama. Justeru, sebagai orang berilmu, ulama sepatutnya dapat membendung diri daripada menggunakan kata-kata yang boleh menyebabkan pendengarnya sakit hati.

Hakikat dakwah ialah mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menjauhi sifat yang keji. Tetapi disebabkan nafsu menguasai minda atau atas kepentingan politik, ada segelintir ulama sanggup mencerca dan menggunakan bahasa yang salah terhadap orang lain.

Nabi SAW sering kali mengingatkan agar menjaga lidah (mulut) kerana ia sesungguhnya paling berpotensi untuk mencelakakan kita. Rasulullah SAW bersabda: “Pokok amal itu adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepadamu tentang kuncinya semua perkara itu? Saya menjawab: “Baik ya Rasulullah.” Kemudian Baginda memegang lidahnya seraya berkata “Jagalah ini”. Saya bertanya: “Wahai Rasulullah apakah kami dituntut (diseksa) kerana apa yang kami katakan?” Baginda menjawab: “Celaka kamu, bukankah orang yang menjerumuskan terhadap mukanya (atau pada batang hidungnya) ke dalam neraka, melainkan buah ucapan lidah mereka.” (HR. At-Tarmizi)

Antara tugas ulama adalah untuk menyebar dan menterjemahkan firman ALLAH agar umat terbimbing untuk hidup dengan penuh keberkatan dan harmoni. Tanggungjawab keilmuan mereka sepatutnya memberi contoh atau teladan dalam semua aspek kehidupan, termasuk kaedah bermasyarakat dan bersosialisasi. Mereka dituntut menampilkan peribadi yang baik, jujur dan santun dalam tutur kata. Bahasa kesat dan berbelit-belit dilarang keras, kerana hasilnya akan menyebabkan khalayak keliru, aib dan marah. Luka yang diakibatkan oleh lidah hakikatnya lebih parah daripada yang diakibatkan oleh pisau.

Sebaliknya, tutur kata dan perilaku yang membimbing akan melahirkan nilai-nilai kerjasama dan persefahaman sehingga setiap diri manusia disaluti kasih sayang dan berjiwa pemaaf. Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan dalam surah “al-A’raf – Ayat 199 :

Picture6

Belum layak digelar ulama jika jiwa seseorang itu belum mencapai tingkatan khsyah yang benar-benar takut kepada ALLAH, bersikap terlalu kasar dan bengis atau memandang rendah terhadap orang awam. Apatah lagi jika mereka selalu berdolak-dalik dalam percakapan atau sentiasa berubah pendirian demi memenuhi kepentingan diri atau kumpulan tertentu. Ulama yang berperilaku sombong dan bongkak, lupa diri kerana ilmu yang dimilikinya tidak disusuli dengan amalan, atau menggunakan ilmu bukan atas dasar kebenaran, akan mendapati keadaan sebegitu tidak kekal. Bila-bila sahaja pemberian itu boleh ditarik balik, seperti maksud firman ALLAH SWT:

Picture7

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 3, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: