PENGILAT KUKU BARU BOLEH DIBAWA SOLAT


Picture2Ahli kimia Poland telah berjaya mencipta pengilat kuku yang boleh digunakan oleh umat Islam ketika berwudhuk ia membenarkan air masuk dan tidak menghilangkan teksturnya.

Bagaimanapun, ahli kimia tersebut Wojciech Inglot, 57 telah meninggal dunia secara mengejut pada 2 Mac lalu selepas mengalami pendarahan dalaman dan disemadikan di tempat kelahirannya di Przemysl.

Inglot yang juga merupakan seorang usahawan yang terkemuka telah mendapat banyak anugerah atas penciptaannya, termasuk memperkenalkan sejenis pengilat kuku dari bahan yang halal dan bagi membolehkan wanita Islam dapat meneruskan usahanya merapi kuku tanpa masalah walaupun mendirikan solat lima kali sehari.

Produk tersebut yang dinamakan O2M, singkatan dari oksigen dan lembapan telah begitu cepat tersebar di internet setelah seorang ulama di Amerika Syarikat berjaya menguji kadar resapan dan menulis sebuah artikel mengenainya, ia mematuhi ketetapan syariah.

O2M itu kini dilaporkan berada dalam senarai satu daripada pencapaian sepanjang hayat Inglot dan dianggap sebagai alternative yang lebih baik berbanding enamel kuku tradisional, yang menghalang laluan lembapan dan oksigen ke dalam kuku.

Tahun lalu, Inglot menerima anugerah pencapaian inovatif kerana berjaya “membukikan Poland adalah sebuah negara berteknologi inovatif yang dapat disesuaikan dengan kecantikan.”

Sebelumnya, Inglot menerima beberapa anugerah kepemimpinan perniagaan selepas mengambil alih satu perniagaan yang dimulakannya pada 1983 apabila Poland masih berada dalam pemerintahan komunis dan menukarnya hingga berjaya di peringkat antarabangsa.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 8, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: