KUNCI ORANG BERIMAN


Picture4

Picture17

Iman merupakan nikmat Allah s.w.t yang tidak ternilai dalam kehidupan manusia. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah s.w.t akan ditentukan oleh tahap keimanan yang ada dalam diri seseorang. Sesiapa yang paling tinggi dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(al-Hujurat: 13)

Picture19

Iman merupakan pegangan atau kepercayaan dan keyakinan di dalam hati yang tidak berbelah bagi terhadap Allah s.w.t serta tidak mengandungi sedikitpun perasaan syak dan ragu-ragu.  Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebagai ukuran samada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.

Allah s.w.t telah menjelaskan menerusi  firman-Nya dalm surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

Picture20

Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari daripada menghadapi ujian dan cubaan Allah s.w.t terutamanya dalam usaha mencari kesenangan dan kebahagian hidup. Oleh kerana itu, adalah tidak tepat sangkaan sesetengah manusia yang beranggapan bahawa hidup ini hanya untuk bersenang-bersenang, bermewah-mewahan dan bersuka ria semata-mata atau sebaliknya menganggap hidup ini penuh dengan penderitaan, dukacita dan segala macam musibah.

Oleh hal demikian itu, kita seharusnya faham bahawa semua kejadian ini pada hakikatnya adalah lumrah hidup kita sebagai manusia dan iamerupakan “Sunnah Allah”.

Bagi mereka yang beriman, akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan segala amalan dan kebajikan sebanyak-banyaknya. Ia tidak akan dilepaskan begitu sahaja dengan menjadikan ujian sebagai dorongan untuk beriman kepada Allah s.w.t, dan bukan sebaliknya.

Hal demikian ini sebagaimana telah digambarkan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut, ayat 2–3 yang bermaksud:

“Apakah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan, dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.”

Ayat ini dengan jelas memberikan pengertian yang cukup bermakna kepada kita semua, bahawa hubungan manusia dengan kehidupan sememangnya sangat berkait rapat dengan ujian dan cubaan.  Di samping itu, ayat ini juga menjelaskan bahawa seseorang manusia itu tidak cukup dan tidak memadai dengan membuat pengakuan lisan sahaja, dengan mengakui “kami telah beriman kepada Allah” sedangkan mereka belum diuji.

Setiap ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t merupakan penanda penentu untuk mengetahui siapakah yang benar-benar beriman kepada-Nya, dan siapakah pula yang hanya membuat pengakuan lisan sahaja, sedangkan pada hakikatnya mereka berdusta kepada Allah s.w.t.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 20, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: