MENDANDAN WAJAH PERIBADI


1. Mendandan Wajah PeribadiPicture5

Dalam usaha kita menegakkan nilai-nilai murni, sudah seharusnya kita bersedia meneruskannya dalam bentuk muhasabah diri — dengan  meninggalkan apapun jenis perkataan tidak baik yang mungkin sering kita pertuturkan walaupun ia sekadar menunjukkan kemesraaan sesama kita.

Kita sepatutnya mencontohi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggi budi pekertinya dan yang tidak pernah berbuat keji dan jauh sekali daripada bertutur kasar.

Agama Islam adalah agama yang sangat mengambil berat tentang adab pergaulan yang baik. Pergaulan cara yang baik selalunya diikuti oleh tutur kata yang baik, yang memberi kesan kepada orang lain bahawa dirinya mulia dan terhormat.

Picture6

Tutur kata yang baik dan ungkapan yang indah akan memberi kesan di dalam hati sehingga setiap individu merasa bahawa kewujudan mereka sangat penting dan sedemikian bermakna serta mereka juga merasa bahawa mereka adalah orang-orang yang dihormati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tutur kata yang baik itu adalah sedekah.”

(Riwayat Muslim)

Tutur kata yang baik dan lembut sebenarnya mempunyai pengaruh yang kuat di dalam hati seseorang insan. Ia mampu mengangkat roh maknawiah, meyakini kepercayaan kepada diri sendiri dan mendorongnya untuk melakukan pekerjaan dengan sebaik-sebaiknya.

Rasulullah s.a.w dengan tutur katanya yang lembt telah berjaya menarik hati orang-orang di sekitar baginda. Tutur kata yang baik dan ungkapan-ungkapan yang disaluti kesantunan dapat  menyebarkan rasa kecintaan sesama insan.

Daripada Abdullah bin Amru, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga ucapan kotor, kebiasaan berbicara kotor, pemutus silaturahim dan buruknya hubungan bertetangga semakin bermaharajalela.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, ditegaskan bahawa unsur-unsur ajaran yang meliputi iman, Islam, dan ihsan. Iman berhubungan dengan akidah, sementara Islam berkaitan dengan amal ibadat serta muamalat. Ihsan pula merupakan satu suasana atau keadaan batin yang sering merasai ia dalam pengawasan Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis riwayatiwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa ihsan adalah:

“Engkau beribadat (dengan kesedaran) seakan-akan melihat Allah s.w.t dan jika tidak dapat melhihatnya maka (Engkau harus yakin) bahawa Dia melihatmu.”

Dengan perasaan dan kesedaran seperti ini dapat dipastikan bahawa perilaku manusia akan terus dibimbing dan terarah sesuai dengan norma kebenaran dan kebaikan. Dalam konteks ini ajaran akhlak yang mulia dalam Islam tergolong dalam kategori ihsan.

Dalam ajaran Islam secara keseluruhan mengandungi nilai akhlak yang luhur, mencakupi akhlak terhadap Maha Pencipta, diri sendiri, sesama manusia dan alam sekitar. Ajaran Islam tentang akhlak cukup luas cakupannya, sama luasnya dengan perilaku dan sikap manusia. Rasullullah s.a.w. meletakkan bab akhlak sebagai isu penting dan menjadi dasar utama kerasulan baginda.

Picture8

Imam Baihaki meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras, sedangkan akhlak yang jahat merosakkan amal seperti cuka merosakkan manisnya madu.

Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina melalui kitab akhlaknya yang terkenal Risalah Fial-IIm al-Akhlak (Bab Akhlak).Demikian juga Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dengan kitab Ihya Ulum ad-Din. Ibnu Maskawaih juga menyumbang karyanya yang sangat berharga mengenai akhlak dalam bukunya yang berjudul Tahzib Al-Akhlak. Manakala Ibnu Hazim menyusun kitab akhlak yang cukup komprehensif, iaitu Al-Akhlak wa as-Siyar.

Gambaran ini menunjukkan bahawa akhlak adalah sebahagian daripada sistem ajaran Islam.

Jelaslah bahawa niai-nilai murni merupakan cermin keperibadian manusiawi – cermin yang seharusnya dipergunakan untuk mendandani ‘wajah peribadi’ manusia menurut syariat Islam. Dalam hal ini, Islam adalah cermin abadi yang tidak akan retak walaupun dipukul badai zaman apa sekalipun.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 27, 2013.

Satu Respons to “MENDANDAN WAJAH PERIBADI”

  1. Reblogged this on Myblog's Blog and commented:
    Assalammualaikom to all readers

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: