BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA


Berjuang Mempertahankan Negara

Picture1

Mempertahankan wilayah negara Islam yang merdeka daripada ancaman musuh dan serangan pengganas bermakna berjuang di jalan ALLAH.

Inilah juga yang dilakukan Nabi Muhammad SAW yang berjuang mempertahan dan menyelamatkan wilayah Islam bagi memastikan kejayaan dan kemenangan di jalan ALLAH. Mereka yang gugur dianggap syahid dan akan ditempatkan di syurga.

Firman Allah SWT didalam Surah Al-Anfaal (ayat 60) :

Picture3

Bermaksud :

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan ALLAH mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan ALLAH akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

Daripada maksud ayat ini, kita faham bahawa menyediakan peruntukan dan peralatan yang canggih serta mencukupi untuk pertahanan negara juga adalah tuntutan agama.

Memiliki kesiapsiagaan tinggi dan ilmu perang yang sesuai adalah kewajipan pasukan keselamatan, dan menjadi tanggungjawab kerajaan.

Ayat ini juga sekali gus menjawab tuduhan sinis pembangkang, termasuk beberapa jeneral pencen, yang mempertikai tindakan kerajaan menghantar begitu ramai anggota keselamatan dan memperuntukkan sumber yang begitu besar ke Sabah.

Kepimpinan militari dan kerajaan kita sedar bahawa bukan gugur di medan perang yang membawa kebaikan kepada perjuangan. Malah, gugur di medan perang tidak menjamin kejayaan perjuangan.

Sebolehnya kita mahu semua anggota polis dan tentera kita selamat. Apa yang penting dalam peperangan ialah kejayaan menewaskan musuh, mempertahan kedaulatan dan integriti negara, nyawa rakyat Malaysia serta kemenangan menegakkan Islam.

Kerana itulah pasukan keselamatan kita mesti dilengkapi dengan senjata canggih dan terbaik, manakala anggota tentera dan polis bukan sahaja berani dan bersemangat tetapi juga terlatih, berdisiplin dan cekap.

Pada zaman Nabi, persediaan kuda perang dan peralatan pertahanan bertujuan menakutkan musuh.

Dengan itu, musuh tidak berani menyerang dan peperangan tidak berlaku. Tetapi jika serangan berlaku, tentera Islam tetap bersedia dan mampu berperang.

Pada zaman sekarang, persiapan berperang bermula dengan pembangunan negara. Pembangunan pula bermula dengan perpaduan.

Apabila umat Islam bersaudara dan taat kepada kepimpinan negara (ulil amri), negara Islam Malaysia akan menjadi kuat dan selamat.

Dalam negara yang aman dan stabil, banyaklah pembangunan yang boleh dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan kebajikan umat Islam.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 28, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: