KIAN TERHAKISNYA ADAB LUHUR


 Kian Terhakisnya Adab Luhur

Picture4

Sopan santun, tatasusila, budi bahasa, adat atau kebiasaan yang penuh hormat, disebut adab. Makna “adab” menurut Kamus Dewan antara lain ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, dan budi pekerti yang halus.

Kita tidak bimbang apabila penggunaan kata adab diganti dengan kata lain, seperti akhlak, budi pekerti, moral, etika dan lain-lain. Tetapi yang merisaukan cakupan daripada maknanya makin pupus atau ditelan globalisasi yang melanda dunia. Sehingga ada sesetengah orang sanggup mengungkapkan perkataan ‘barua’. Kemudian mengkelaskannya sebagai perkataan baik.

Akhlak yang mulia sebenarnya tercermin pada adab.

Bangsa yang beradab adalah bangsa yang berakhlak mulia. Kerana itu akhlak dan adab tidak dapat dipisahkan. Lawan adab ialah biadap, yang bererti tidak beradab, tidak tahu sopan santun dan kurang ajar. Tentu saja orang yang biadap adalah orang yang berakhlak buruk.

Adab yang baik adalah bukti kesempurnaan jiwa dan kebaikan, sebagaimana adab yang buruk adalah bukti kekotoran jiwa. Demikian Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Adab yang baik adalah sebahagian daripada iman.”

Sebaliknya, akhlak yang buruk atau tercela pada dasarnya timbul disebabkan oleh penggunaan dan potensi rohaniah yang tidak adil. Akal yang digunakan secara berlebihan akan melahirkan sikap pintar busuk atau penipu dan akal yang digunakan terlalu lemah akan menimbulkan sikap dungu. lnilah pangkal timbulnya akhlak yang tercela.

Walaupun dalam al-Quran tidak ditemukan kata adab, tetapi terdapat banyak bentuk pujian mengenai akhlak Nabi s.a.w:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”

(al-Qalam: 4)

Justeru Baginda dijadikan Allah s.w.t sebagai teladan bagi umat manusia (surah al-Azab: 21) bukan saja dalam soal ibadah ritual namun juga dalam soal tingkah laku dan sikap Baginda. Nabi s.a.w sentiasa tersenyum dan bermuka manis.

Dalam satu sabda baginda yang bermaksud:

“Kamu tidak akan dapat memuaskan manusia dengan harta kamu, tetapi kamu dapat memuaskan mereka dengan adab yang luhur.”

lbn Sina, ahli falsafah muslim yang di dunia Barat dikenali dengan nama Avicienna berkata; “Seorang yang arif akan selalu senyum gembira, kenapa dia tidak gembira kerana yang dilihatnya hanya keindahan dan keagungan Allah. Dia akan menjadi pemaaf kerana tidak ada lagi tempat bagi ingatannya kecuali Allah. Tidak cepat marah atau tersinggung walau melihat perkara mungkar sekalipun. Kenapa tidak demikian, kerana bukankah dia memandang dengan nur Ilahi sehingga melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.”
Apakah ciri-ciri orang yang berdakwah? Selain daripada memaparkan akhlak yang baik, mereka juga dapat menahan marah dan mudah memaafkan manusia. Tetapi bukan dalarn erti kata menyuruh kita menunjukkan sikap lembik dan lemah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang yang mendermakan harta pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (lngatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

(Ali-lmran: 133-134)

Kita boleh memberi wang atau makanan kalau kita mempunyainya. Demikianlah juga kalau kita sanggup memberi maaf, bererti kita mempunyai kekayaan jiwa yang sanggup memberi maaf kepada sesiapa saja. Ini bukan bermakna memberi maaf itu suatu tindakan kekalahan melainkan suatu kemenangan.

Contohilah bagaimana akhlak dan tatacara pergaulan Nabi s.a.w yang sangat luhur itu. Dihulur tangannya untuk berjabat tangan dan tidak rnelepaskannya. Baginda tidak pernah rnenghulurkan kaki di hadapan teman-temannya yang sedang duduk. Demikian juga dalam percakapannya yang sangat sederhana, perlahan dan penuh tumpuan. Adab memberi cacatan bahawa sifat tidak rnelontarkan celaan semula ke atas orang yang mencela adalah suatu sikap yang terpuji.

Terhadap makanan pun Nabi s.a.w tidak pernah mencela, jika tidak sesuai dengan seleranya. Melampaui batas dalam pujian adalah kemunafikan yang lahir daripada kerendahan diri dan melampaui batas dalam celaan adalah balas dendam yang lahir dari hati yang busuk. Kedua-duanya amat buruk dan tidak layak dilakukan oleh orang yang beradab dalam pandangan agama.

Adab pembicaraan yang baik ialah yang dihiasi dengan kiasan, kerana ia amat sedap didengar. Janganlah sampai Iidah ternoda oleh kotornya kata.

Perkara yang paling tidak disukai oleh agama ialah tidak mempraktikkan atau mengamalkan apa yang diucapkan.

Justeru al-Quran mengecam golongan seumparna ini dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

(al-Saf: 2-3)

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 1, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: