MENGAPA REMAJA BERANI LANGGAR UNDANG-UNDANG?


Mengapa Remaja Berani Melanggar Undang-undang

Banyak ibu bapa sudah pasti terkejut apabila membaca berita bahawa pihak sekolah telah mengenal pasti banyak pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan perbuatan jenayah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut dan sebagainya.

Orang ramai banyak menyalahkan ibu bapa dalam hal ini, Ada juga orang ramai yang menyalahkan keadaan sekeliling kerana ia mempengaruhi remaja untuk berani atau sanggup melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. Bagaimanapun, etilogi atau sebab-sebab mengapa remaja jadi begitu adalah kompleks dan sememangnya kedua-dua faktor tersebut, iaitu ibu bapa dan keadaan sekeliling memainkan peranan.

Biasanya, apabila kita cuba memahami tingkah laku remaja begini, ada beberapa  persoalan yang seharusnyanya dianalisis. Aspek yang pertama ialah mengapa individu muda ini sanggup atau berani melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Kita percaya ibu bapa mendidik dan mengambil berat tentang akhlak di rumah, begitu juga di sekolah.

Tidak ada ibu bapa yang menggalak atau mendorong anak-anak untuk melakukan perbuatan seperti ini. Kadang-kadang ada sesetengah remaja yangmempunyai keluarga yang cukup berhati-hati dan tegas dari segi pengawasan tetapi remaja ini sanggup dan berani juga melakukan tindakan juvenil.

Banyak remaja kelihatan baik di rumah tetapi sungguh berani dan nekad apabila bersama-sama dengan rakan-rakan di luar rumah. Remaja yang datang dari keluarga yang bermasalah dan akibat daripada keibubapaan yang tidak berkesan, tidak takut untuk menunjukkan sikap berani mereka di mana-mana sahaja.

Apa yang dapat kita lihat ialah remaja ini tidak menerapkan nilai yang diamalkan oleh masyarakat. Semua remaja tahu yang perbuatan mereka salah dan mereka boleh dihukum tetapi mereka melakukannya juga. Kesanggupan dan keberanian untuk melanggar undang-undang ini mencerminkan bahawa individu itu tidak ada pertimbangan moral dan rasa bersalah.

Picture1

Sebab-sebab lain yang membuatkan mereka tidak ada apa-apa pertimbangan ialah mereka mendapat ganjaran serta dapat melepaskan diri daripada tindakan. Misalnya, remaja yang mencuri dan tidak tertangkap, akan gembira menikmati hasil perbuatan mencuri itu. Oleh hal demikian, untuk memberi kesedaran, remaja yang melanggar undang-undang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Apabila menghukum, biasanya banyak pertimbangan yang kita ambil dan mereka boleh dikatakan terlepas juga. Kita perlu memikirkan cara yang berkesan supaya remaja yang terlibat dengan juvenil ini bertanggungjawab dan berubah.

Aspek kedua tentang remaja yang terlibat dengan juvenil ialah perhubungan antara mereka dengan orang dewasa. Remaja yang sedang berkembang amat perlu mempunyai kebolehan dan ketrampilan untuk berhubungan dan berurusan denganorang dewasa. Orang dewasa yang paling hampir dengan mereka  adalah ibu bapa, guru dan orang di sekeliling mereka.

Dari segi perhubungan, mereka perlu memahami tentang adanya saat gembira dan kecewa. Mereka juga mesti berkebolehan untuk mengatasi keadaan yang menekan. Cara komunikasi dan hormat-menghormati merupakan aspek penting dalam perhubungan.

Remaja yang cenderung ke arah tingkah laku juvenil ini didapati sering pincang dari segi perhubungan dengan orang dewasa. Remaja mengatakan bahawa orang dewasa tidak memahami mereka. Orang dewasa pula mengatakan bahawa remaja degil dan tidak mahumendengar kata atau diajar.

Jika situasi ini berterusan, orang dewasa tidak akan dapat mempengaruhi dan mendidik mereka dari segi akhlak dan nilai moral. Banyak orang percaya bahawa rakan sebaya dapat menolong untuk mempengaruhi remaja. Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah remaja seperti ini akan mencari remaja lain yang sama haluan.

Sewaktu sesi kaunseling, usaha untuk menjalin perhubungan antara remaja dengan orang dewasa terutama ibu bapa, bukanlah mudah. Reaksi orang dewasa terhadap perbuatan melanggar undang-undang itu biasanya memburukkan lagi perhubungan. Ada ibu bapa yang menjadi marah dan tidak mahu ambil tahu, dan ada ibu bapa yang mahu anak mereka diambil tindakan dan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak.

Membina akhlak adalah membina suatu sifat dalam diri remaja supaya mereka menjadi individu yang melakukan perbuatan yang berguna dan tidak menyalahi undang-undang serta menjauhi perbuatan yang melanggar undang-undang. Selain itu, mereka juga hendaaklah mengikut kehendak sosial sekeliling dan mematuhi ajaran agama.

Oleh hal yang demikian, remaja akan dilihat sebagai individu yang baik, yang tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap masyarakat. Remaja juga dilihat sebagai individu yang tidak menyusahkan tetapi menunjukkan sifat yang mulia dan disenangi.

Banyak orang tertanya-tanya kenapa remaja kita tidak menerap nilai agama, padahal pendidikan agama diberi dan dititikberatkan di sekolah. Kita perlu ingat bahawa menerima pendidikan adalah suatu aspek yang lain.

Seperti juga orang dewasa, kanak-kanak dan remaja tidak begitu serius dengan aspek pengalaman, malah orang dewasa pun banyaka yang tidak serius dari segi ini. Amalan yang baik termasuklah menurut apa yang disuruh oleh agama dan menjauh dan menolak apa yang dilarang.

Usaha untuk memutuskan supaya anak-anak kita ini serius dengan pendidikan dan amalan agama, harus bermula dari rumah dan jangan mengharapkan kepada institusi yang lain. Di samping itu, bimbingan mestilah dengan cara yang menarik dan menanamkan minat serta perhatian mereka.

Kita bukan sahaja mahu mereka mempunyai pengetahuan agama tetapi mengamalkan apa yang telah mereka pelajari. Jika amalan agama dipandang ringan, bagaimanakah pula akan wujud nilai yang akan menjadi benteng dalam diri individu itu!

Oleh: Editor, mutiaraislam online.

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 7, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: