PERIHAL MENEPATI JANJI


Perihal Menepati Janji

Dalam membina sesebuah negara agar berada dalam kemakmuran sebagaimana yang dirakam oleh Allah s.w.t di dalam al-Quranbaldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur” – memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara serta menepati segala janji dan melaksanakannya melalui tindakan.

Yakinlah bahawa menepati janji dan berkata benar merupakan bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin itu kerana bukan semua pemimpin mampu mengotakannya dan hanya pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya.

Pepatah Arab: “Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang itu memiliki keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya.

Meremehkan janji atau sengaja untuk tidak menepati apa diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan.

Bayangkan, apakah akibatnya kepada rakyat jika ada pemimpin yang tidak menepati janji? Pastinya rakyat akan menderita dan merana di bawah pemerintahannya.

Janganlah hanya pandai menaburkan janji manis ibarat menanam tebu di tepi bibir.

Ingatlah, setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah mengenai janji yang pernah dibuat sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Isra’ ayat 34 yang bermaksud:

“… Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.

Bagi melaksanakan segala janji ini, maka kita memerlukan sebuah kerajaan yang baik (Good Governance) sama ada dari segi kesungguhan serta kemampuan yang utuh untuk membina sebuah negara yang maju dan sejahtera.

Kerajaan yang bersifat  good governance adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan janji dan dapat memenuhi harapan rakyat di dalam pemerintahannya.

Menurut pandangan beberapa ulama, sesebuah kerajaan yang dikatakan baik ialah yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Pertama: Sentiasa berada dalam keampunan, lindungan dan pertolongan Allah s.w.t dari  sebarang bentuk ancaman dalaman mahupun luaran.

Kedua: Sentiasa dilimpah kurnia rezeki oleh Allah s.w.t di mana kurniaan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama.

Ketiga: Sentiasa berasa dalam keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil dari kerjasama antara pemerintah yang adil dan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab menjaga, membangun dan memakmurkan negara secara bersama selari dengan ajaran Islam.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud:

Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun, yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun!

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 9, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: