MUSLIMAH DAN KERJAYA


Muslimah Dan Kejaya 1

Firman Allah dalam al-Quran surah al-Nisa’ ayat 124 yang bermaksud:

“Dan sesiap yang mengerjakan amal salih dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun”

Sekiranya kita melihat daripada perspektif al-Quran, peranan wanita begitu menyenangkan hati. Telitikan sahaja makna “amal salih” di dalam al-Quran, adakah Allah SWT membataskan juga jenis tugas beberapa perkara tertentu sahaja. Al-Quran tidak pernah menyempitkan ruang tempat dan aktiviti dalam hidup bagi wanita.

Tidak dinafikan lelaki mempunyai kelebihan darjat di atas wanita, seperti firman Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud :

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dengan apa ja yang wajib dipelihara) ketika suaminya tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya”

Berdasarkan maksud ayat ini, kelebihan darjat lelaki atas wanita adalah daripada segi kepimpinan. Apa yang dituntut oleh Islam kepada wanita semasa memainkan peranan dan tugas mereka ialah atas prinsip amal salih, samaada di dalam rumah atau di luar rumah. Dengan lain perkataan peranan dan tugas mereka merupakan satu pengabdian dan setiap yang dilakukan adalah dengan matlamat untuk mematuhi perintah Allah SWt. Sehubungan ini mereka perlu memiliki persedain diri dan adab-adab tertentu.

Persediaan Untuk Wanita Bekerja

Untuk menjadikan tugas dan peranan wanita bekerja itu sebagai satu ibadah, beberapa persedian awal perlu dititikberatkan. Persedain itu antaranya ialah:

1-Mempunyai ilmu pengetahuan iaitu ilmu Fardu Ain dan ilmu Fardu Kifayah. Ilmu Fardu Ain ialah ilmu yang membicarakan soal ibadah, aqidah dan akhlak. Ilmu ini akan menentukan kesempurnaan iman dan amalnya serta kewajipannya terhadap Allah SWT, didi sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Ilmu Fardu Ain tertumpu kepada ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ilmu Fardu Kifayah pula adalah ilmu yang dapat memenuhi keperluan masyarakat. Justeru itu, dalam konteks wanita sebagai pekerja, wanita perlu mempersiapkan diri mereka dengan kedua-dua ilmu tersebut. Tanpa ilmu-ilmu ini mereka pasti akan ditimpa kehinaan oleh Allah AWT kerana akan mudah tersasul atau melanggar batasan-batasan yang telah ditentukan oleh syarak dan tidak mampu untuk memaksimakan peranan dan tanggujawab mereka. Allah SWT tidak berpada melihat wanita hanya sembahyang atau puasa sahaja, tetapi Allah SWT menuntut wanita menjadi manusia berperanan lebih daripada itu.

2-Mempunyai keinginan, keazaman dan iltizam untuk menjdai orang yang berilmu, berkhidmat dan berjaya dalam hidup. Sikap ini adalah penting sebagai pencentus dan penggerak kepada setiap amal yang mahu dilaksanakan.

3-Perlu mengetahui matlamat hidup dengan jelas. Dengan demikian ia akan mempunyai daya kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kerja-kerja dengan lebih produktif.

4-Mempunyai misi dan visi untuk menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran. Usaha-usaha untuk menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran boleh ditonjolkan melalui contoh dan teladan yang baik, mengamal dan menggiatkan perkara yang membina ilmu dan semangat keagamaan dan sebagainya.

Adab Wanita Bekerja

Apabila wanita telah terlibat dalam sector pekerjaan di luar rumah, terdapat pekerjaan adab-adab tertentu yang perlu dipatuhi oleh merka. Tanpa kepatuhan kepada adab-adab tersebut, pekerjaan yang dilakukan tidak akan memenuhi tuntutan konsep bekerja sebagai ibadah.
Antara adab-adab itu ialah:

1-Mereka perlu bertaqwa kepada Allah SWT pada setiap masa dan menjadikan keredhaan Allah sebagai tumpuan yang pertama.

2-Wanita perlu menjauhkan dirinya daripada lelaku yang bukan muhrimnya dalam keadaan bersendirian, atau sebarang percampuran yang boleh menimbulkan fitnah.

3-Wanita hendaklah berpakain yang bersesuain dengan hukum Islam. Ini termasuklah pakaian yang menuntup aurat dan yang tidak boleh menampakkan bentuk tubuhnya.

4-Jangan berjalan dengan menghentakkan kaki supaya tidak didengari bunyi perhiasan di tangan dan kakinya.

5-Suara yang dikeluarkan oleh seseorang wanita bukanlah bertujuan untuk menggoda tetapi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

6-Mestilah taat kepada suami dan bertanggungjawab kepada rumahtangganya yang merupakan satu amanah yang mesti dipikul olehnya.

7-Memegang prinsip bahawa pelaksanaan tugas dan peranannya ialah untuk mencapai matlamat penciptaanya sebagai khalifah dan hamba Allah SWT.

Peranan dan tugas wanita di luar rumah akan menjadi satu ibadah, sekirang ia dipraktikkan dalam konteks pengabdian kepada Allah SWT dan mencari keredhaan Allah SWt. Pekerjaan Waniat di luar rumah dengan tujuan mencari rezki semata-mata tanpa mempunyai persedian diri, memelihara adab dan menghubungkan pekerjaan itu dengan keredhaan Allah SWT, maka tugas wanita di luar rumah itu hanya untuk pekerjaan itu sahaja, bukan sebagai satu ibadah.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 10, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: