MELETAKKAN ISLAM DI PUNCAK KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN


Meletakkan Islam di Puncak Keagungan dan Kemuliaan-inside

Islam adalah sebaik-baik ajaran dan panduan dari Allah s.w.t. untuk manusia sejagat. Maka sebagai hamba Allah, kita wajib menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. sepanjang masa, disamping bermuhasabah serta merenung kelemahan diri dengan sentiasa mengingati-Nya melalui berzikir, bertahmid dan bertasbih memuji keagungan dan kebesaran Allah s.w.t.

Selain itu, kita juga bertanggungjawab melaksanakan tuntutan meletakkan Islam di puncak keagungan dan kemuliaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Agama Islam itu tinggi dan tidak ada lain yang lebih tinggi daripadanya.”

Maka menyedari hakikat inilah, kita sebagai umat Islam bertanggungjawab membina dan mengembalikan kembali kegemilangan tamadun Islam serta meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi serta dihormati dan menjadi contoh yang terbaik.

Kerana, apa yang menyedihkan kita dewasa ini terdapat anggapan dan pandangan serong bahawa umat Islam dilabelkan sebagai umat yang mundur, miskin dan lemah. Lebih menyedihkan lagi kebelakangan ini Islam dikaitkan dengan agama keganasan.

Sememangnya kita kecewa terhadap pandangan seumpama ini, tetapi hakikatnya ialah umat Islam dan kebanyakkan negara Islam memang ketinggalan, lemah dan bergantung kepada negara dan bangsa asing dalam pelbagai bidang keperluan hidup di dunia moden hari ini. Ditambah lagi pentadbiran pemerintahan sesetengah negara-negara Islam yang lemah dan kucar-kacir.

Tidak ada negara Islam yang boleh dianggap sebagai kuasa besar yang disegani oleh dunia, kebanyakan negara Islam dianggap sebagai negara sedang membangun walaupun terdapat negara Islam yang kaya.

Ini kerana dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, teknologi dan kecanggihan dalam pelbagai bidang umat Islam ketinggalan serta tidak berkemampuan mencipta sesuatu sebaliknya hanya menjadi penguna semata-mata.

Kerana itulah, Islam menyeru umatnya berusaha meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dengan melalui penguasaan ilmu sahajalah pembangunan dan ketamadunan ummah dapat dibangunkan. Dan ketamadunan bagi kita umat Islam bukanlah perkara baru atau asing.

Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah berjaya mengubah kegelapan dunia yang bersifat jahiliah atau barbarian kepada dunia yang beradab, berakhlak dan berilmu pengetahuan dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Persoalannya sekarang, mengapa kita perlu membina tamadun? Dan bagaimana cara untuk membangunkannya?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu sedar bahawa realiti umat Islam hari ini kebanyakannya terpaksa menghulur tangan meminta bantuan dalam pelbagai bidang seperti mengimport makanan untuk keperluan harian atau memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu dengan pihak asing untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Cuba kita bayangkan apa yang akan berlaku kepada umat Islam sekiranya bantuan tersebut dihentikan? Sudah pasti umat Islam akan menghadapi masalah dan kesulitan dalam menjalani kehidupan seperti berlakunya kebuluran atau akan hidup berterusan dalam kemunduran dan kemiskinan yang berpanjangan.

Kerana itulah tuntutan membangun atau membina tamadun ummah merupakan suatu kefarduan, lebih-lebih lagi membiarkan umat Islam mundur dan ketinggalan adalah bertentang sama sekali dengan perintah Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…”

(al-Baqarah: 143)

Umat Islam perlu memahami serta menghayati Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh dan membangkitkan kesedaran terhadap konsep sebenar ajaran Islam dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Kerana itu, kita hendaklah faham bahawa apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam.

Di samping itu, ia juga merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. Dengan memberi gambaran yang positif bahawa umat Islam merupakan umat yang cintakan kedamaian, sederhana, cintakan ilmu pengetahuan dan kaya dengan bilai-nilai murni.

Di samping berasaskan ajaran Islam yang murni, kita menolak dan menafikan bahawa umat Islam adalah umat yang ganas, berfikiran jumud, fanatik dan taksub serta tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 13, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: