Azab bagi mereka yang meringan-ringankan solat

meringankan-solatSolat merupakan salah satu rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang mukmin. Bagi mereka yang sering sibuk dengan tugas-tugas harian janganlah hendaknya mengabaikan solat, apatah lagi meninggalkannya. Kerana solat itu adalah tiang agama. Jika runtuh solat, maka runtuhlah agama. Luangkanlah masa untuk bersolat dan mengingati Allah SWT kerana Allah akan memberi rahmat yang bukan sedikit untuk mereka yang patuh mengerjakan solat.

Seperti Ubadah bin Samit R.A meriwayatkan : Sahabatku yang dikasihi, Rasulullah SAW ketika memerintahkan aku membuat tujuh amalan yang baik telah bersabda :

“Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, walaupun anda akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup atau disalib, jangan tinggalkan solat dengan sengaja sampai anda dimurkai-NYA, jangan minum arak kerana itulah ibu segala maksiat.”

Manakala Muaz bin Jabal R.A. juga meriwayatkan :“Rasulullah SAW memerintahkan, sepuluh perkara iaitu : Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup, jangan membantah ibu bapa walaupun aku akan berpisah dari isteriku atau kekayaanku, jangan melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja, jangan minum minuman keras kerana itulah punca maksiat dan keburukan, jangan mengingkari Allah kerana itulah yang dimurkai-NYA, jangan lari dari pertempuran walaupun teman-teman telah gugur, jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak. Berbelanja atas kaum keluarga, rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian terhadap kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT.”

Solat yang wajib tidak perlu diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.

Azab di dunia :

  • Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
  • Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
  • Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.

Azab ketika dia hendak mati :

  • Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
  • Dia mati dalam keadaan kelaparan.
  • Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.

Azab di dalam kubur :

  • Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
  • Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
  • Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.

Azab selepas kebangkitannya :

  • Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka.

Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :

  • Rezakinya dipermudahkan baginya.
  • Dia selamat dari azab kubur.
  • Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
  • Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.

Oleh itu harus berusaha dengan kerasnya untuk bersolat. Berusaha dengan ikhlas untuk mengerjakan perintah yang wajib dari Allah SWT. Bersolat dan berdoa kepada Allah supaya DIA memberi taufik dan hidayah.

Oleh: Lokman Mohd Hashim


 
%d bloggers like this: