Malidur Rasul

rasulullah

Kita perlu menghormati Rasulullah s.a.w. dan menerima Baginda sebagai seorang ketua untuk dituruti dan duta Allah kepada semua umat Islam.

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Diantara para nabi, Nabi Muhammadlah yang paling ramai umatnya kerana tempoh kenabiannya yang panjang semenjak 1500 tahun dahulu hingga sekarang. Salasilah para nabi dan rasul telah tamat dan ditutup selepas Baginda Mulia.

Ali-Imran [144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah untuk sekelian alam sepertimana Allah juga tuhan sekelian alam.

Fatihah [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Anbiya [107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata: Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran.

Syafaat Nabi secara mudahnya ialah “recommendation” dari Nabi Muhammad kepada umatnya di hari akhirat. Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya. Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek, sentiasa menutup kepala dan kainnya tidak lebih dari paras buku lali. Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang (yang seperti tudung perempuan).Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.

Oleh: Lokman Mohd Hashim


 
%d bloggers like this: