Keganasan Rumahtangga Dari Pandangan Islam

Keganasan rumahtangga adalah sesuatu yang agak kompleks kerana keganasan rumahtangga mungkin dapat dilihat melalui kecederaan atau keparahan serta tekanan mungkin kemurungan mangsa samaada isteri/suami/kanak-kanak/orang kurang upaya atau ahli keluarga yang lain. Namun bagi yang mengalami keganasan rumahtangga yang didera emosi dan mental mungkin agak sukar untuk dilihat atau difahami oleh orang lain.

Keganasan rumahtangga adalah dengan sengaja cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal, menyebabkan kecederaan fizikal, mengancam atau paksaan terhadap mangsa dan melakukan khianat terhadap harta benda yang memungkinkan mangsa berada dalam kesedihan.

Apa yang biasa kita dengar dan ketahui melalui media, biasanya keganasan rumahtangga dilakukan oleh suami kepada isteri atau kanak-kanak. Namun tidak kurang juga ianya dilakukan oleh isteri kepada suami walaubagaimanapun biasanya lelaki kurang melaporkan mungkin kerana malu dan sebagainya.
Persoalannya kenapa harus ada keganasan dalam rumahtangga?? Pada pandangan saya mungkin kerana dendam, cemburu, masalah penagihan dadah, ketagih arak atau mabuk, masalah kewangan, tiada didikan agama, hubungan komunikasi yang lemah antara suami/isteri, campur tangan pihak luar dan sebagainya. Walau apapun persoalannya keganasan rumahtangga sewajarnya tiada dalam minda dan diri setiap orang dan masyarakat kerana hanya manusia yang kurang waras sahaja mampu untuk melakukan keganasan terhadap orang lain yang kurang berkemampuan dan upaya.

Lahirkan minda yang tenang untuk diri sendiri agar orang disekeliling kita dapat hidup aman dan tenang sepanjang hayat. Saya yakin jika semua memainkan peranan dalam membentuk minda dan emosi yang tenang saya pasti kehidupan masyarakat akan lebih baik dan mencapai kesejahteraan hidup.

Pada saya bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai minda dan emosi yang tenang, setiap individu perlulah mengubah cara memilih makanan, makanlah makanan yang halal lagi baik, menyihatkan serta baik untuk kesihatan. Hanya pastikan yang halal dan baik untuk dijadikan makanan untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak. Semoga berjaya mencapai kesejahteraan hidup.

Oleh: Lokman Mohd Hashim, MutiaraIslam

Advertisements

 
%d bloggers like this: