Pemanis Bicara

Picture1“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Para Pelayar dan Pelawat Blog yang dirahmati Allah,

Segala pujian bagi Allah S.W.T., Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas jujungan besar Nabi Muhammd S.A.W., ahli keluarganya, sahabat-sahabat r’ ‘anhum dan sesiapa yang mengikutinya dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Alhamdulilah dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya telah tercetus satu ilham untuk saya memertabatkan satu tatapan rohaniah yang berjudul “MutiaraIslam Online” didalam blog wordpress.com ini. Blog “MutiaraIslam Online” ini merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap “Kefahaman Islam” yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan yang bertujuan untuk membangunkan pemikiran ummah dan menyebarkan dakwah melalui multimedia interaktif sebagai penyampai ilmu serta pemangkin minda ummah.

Terbinanya laman blog ini juga akan memberi peluang kepada pelayar pelayar atau pelawat pelawat blog memperoleh maklumat terkini daripada laman-laman pautan yang dipaparkan dan sekaligus dapat juga memperoleh informasi-informasi terkini berhubung dengan kegiatan dan aktiviti umat islam di seluruh negara dan luar negara.

Akhir kata, sebarang kesilapan didalam blog ini harap dimaafkan dan saya memohon keampunan Allah S.W.T. atas yang sedimikian itu kerana tiadalah daya saya dan upaya saya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNya.

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah dari saya.

Wa billahi taufiq wa hidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“IKHLAS BERKONGSI ILMU UNTUK KEREDHAAN ALLAH S.W.T.”

IMG-20120819-00034

Lokman Hashim
Editor, MutiaraIslam Online

e-mail: lokmanhashim@gmail.com

PENAFIAN

## PENULISAN YANG TERHASIL DI DALAM LAMAN BLOG “MUTIARAISLAM ONLINE” INI SAMA SEKALI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PERIBADI SESIAPA DAN MANA-MANA PIHAK SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. TETAPI SEKIRANYA TERDAPAT TOPIK TOPIK YANG MENYENTUH PERIHAL MANA MANA INDIVIDU @ MANA MANA PIHAK, PNERBIT LAMAN BLOG INI BUKAN BERNIAT UNTUK MENGAIBKAN & MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA. IANYA SEKADAR RENUNGAN, PEDOMAN & IKTIBAR SAHAJA. PERLU DITEGASKAN DI SINI JUGA, SEKIRANYA TERDAPAT PERTENTANGAN DENGAN FAKTA TERUTAMANYA AL-QURAN DAN HADITH, MAKA PENULISAN INI ADALAH TERBATAL DAN TIDAK SAH DENGAN SENDIRINYA.

SEGALA YANG BAIK ITU MERUPAKAN ILHAM DARIPADA ALLAH S.W.T. JUA, MANAKALA JIKA ADA KEBURUKAN ADALAH KELEMAHAN PENULIS SENDIRI. DENGAN HARAPAN AGAR PELAWAT MENGAMBIL SEGALA YANG POSITIF SAHAJA UNTUK DI JADIKAN PEDOMAN HIDUP DAN DISEBARLUASKAN DEMI ILMU DAN AMAL JARIAH, WALAUBAGAIMANA PUN, ISI ARTIKEL ARTIKEL YANG TERKANDUNG DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK SEMESTINYA 100% DARI PENERBIT ATAU PENULIS.  ADA YANG DI “COPY  & PASTE” DARIPADA LAMAN LAMAN WEB /BLOG-BLOG LAIN##


 
%d bloggers like this: