SEJARAH PEMBINAAN MASJID MIZAN ZAINAL ABIDIN


Masjid Mizan Zainal Abidin 1

MASJID MIZAN ZAINAL ABIDIN atau dikenali sebagai Masjid Besiterbahagi kepada 2 komponen iaitu kompleks masjid dan Kiblat Walk ititu laluan pejalan kaki yang menghubungkan kompleks Perbadanan Putrajaya dengan masjid.  Masjid ini mula dibina pada 5 April 2004 dan diserahkan kepada Jakim pada Ogos 2009.

Masjid Mizan Zainal Abidin 7Keluasan keseluruhan masjid ini ialah 73,800 meter persegi dengan keluasan masjid ialah 60,200 meter persegi dan kiblat walk 13,600 meter persegi.  Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus bahan-bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.  Ia juga menggunakan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan pada lapisan kaca setinggi kira-kira 13 meter yang mana dua baris ayat dari surah al-Baqarah di bahagian kanannya dan surah Ibrahim di bahagian kirinya.  Panel kaca tersebut yang diimport khas dari Jerman itu tidak memantulkan kesan cahaya atau sinaran lampu malah Masjid Mizan Zainal Abidin 3ukiran ayat al-Quran itu akan kelihatan terapung pada pandangan jauh.  Manakala pada pintu utama menuju ke ruang solat utama, kelihatan ukiran ayat al-Quran dari surah al-Isra ayat 80.  Pintu gerbang utama pula diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama ‘Asma Ul Husna’.

Masjid Mizan Zainal Abidin 4Selain itu, seninya tidak mengikut seni reka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China.  Kubah masjid diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan mashrabiyah screen yang terdiri daripada lattice dan achitectural metallic waiving screen yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin bagi manjadikan suasana dalam masjid lebih segar dan akan menyebabkan kilauan lampu dari ruang solat utama masjid itu lebih bercahaya pada waktu malam.  Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersembahyang fi luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Apa yang menarik, masjid ini tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin dalan ruangan solat utamanya Masjid Mizan Zainal Abidin 5sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara (gas district cooling) bagi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadat dalam keadaan tenang dan selesa di samping ia boleh dikunjungi dengan menaiki bot.  Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid juga dikemaskan dengan bahan telus cahaya dikenali sebagai crytallized glass bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.

Masjid yang dibina dengan kos perbelanjaan bernilai RM200 juta ini boleh  memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu masa meliputi Dewan Solat Utama seramai 12,000 orang.  Dewan Solat Terrace seramai 5,000 orang dan Sahn (ruang limpahan terbuka) seramai 3,000 orang.  Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di masjid ini ialah kuarters 2 tingkat (3 bilik) sebanyak 3 unit, lot kedai sebanyak 10 unit, dewan seminar (muatan 250 orang), bilik vip, bilik jenazah, pejabat, bilik kawalan media, pejabat penyelenggaraan dan tempat letak kenderaan.

Disamping itu, pembinaan masjid tersebut menjadikan masjid sebagai pelancongan ibadat ititu salah satu peranan masjid untuk menyebarluaskan dakwah.  Pembinaan Masjid Mizan Zainal Abidin juga bertujuan sebagai pusat ibadat dan pembelajaran yang memberi ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar.  Selain itu, ia juga berperanan sebagai pusat dkwah melalui perniagaan.

Masjid Mizan Zainal Abidin 6Kumpulan Seni Reka Sdn Bhd telah diberi mandat untuk menyediakan plan pembinaan masjid ini dengan diketuai oleh Ar. Nik Arshad Bin Nik Mohamed.  Berdasarkan jumlah kos pembinaan yang amat tinggi nilainya, semoga masjid yang dibina tersergam indah bukan hanya sekadar simbol keIslaman di bumi bertuah Malaysia tetapi akan menjadi medium penyampaian dakwah kepada masyarakat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sumber rujukan: Suara Masjid bil. 68 keluaran JAKIM

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di September 8, 2009.

Tinggalkan komen