MEMBANGUN KELUARGA BAHAGIA


Membangun Keluarga Bahagia-inside

Keluarga adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai cara hidup tersendiri untuk menentukan kebahagiaan.

Islam menggalakkan perkahwinan. Lantaran itu, perkahwinan dalam Islam tidak lain daripada bertujuan mengawal dan mengatur fitrah kehidupan manusia demi faedah dan kebaikan manusia baik di dunia mahupun di akhirat.

Pembentukan keluarga bahagia mestilah berlandaskan ajaran Islam. Lantaran itu, Islam mengajar bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera tidak dapat dibentuk dengan memusatkan kehidupan pada prinsip buatan manusia.

Isu sosial semasa di Malaysia yang merangkumi permasalahan individu, keluarga, masyarakat dan negara perlu diatasi dengan bijaksana dan cara yang terbaik. Permasalahan kekeluargaan seperti perceraian dalam keluarga membabitkan suami isteri juga semakin meningkat.

Kehidupan yang terlalu mengutamakan harta benda, kerja dan keseronokan hawa nafsu juga penyumbang kepada masalah dalam keluarga. Selain itu, kehidupan yang mementingkan hiburan dan kebebasan sosial dikatakan faktor sampingan yang membawa kepada masalah dalam rumah tangga.

Statistik perkahwinan di seluruh negara pada 2008 mencatatkan 130,314 bilangan pasangan yang berkahwin. Manakala yang bercerai membabitkan 22,289 kes. Oleh itu, kes perceraian dikatakan semakin meningkat setiap 15 minit membabitkan satu pasangan bercerai.

Ini berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menunjukkan peningkatan perceraian saban tahun dan ia mencetuskan kepincangan mengenai keharmonian rumah tangga terutama di kalangan golongan muda.

Kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan alam rumah tangga termasuk dalam menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

Manusia memerlukan petunjuk dan hidayah Allah SWT untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Keluarga sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan asas dalam pembinaan masyarakat dan negara yang sejahtera. Pembangunan keluarga perlu difahami sebagai prinsip asas ke arah membina keluarga bahagia.

Terdapat beberapa kajian dari Timur dan Barat yang telah menghasilkan buku berkaitan dengan pembangunan keluarga. Melalui perkahwinan satu bentuk ke arah hidup bersama antara lelaki dan perempuan. Setiap pasangan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan institusi keluarga sehingga berkekalan ke akhir hayat.

Memetik pandangan ilmuwan Islam, Muhammad Al-Ghazali yang menyatakan pendidikan yang baik akan membentuk akhlak yang luhur yang dibawa oleh Nabi SAW yang telah berhasil membawa masyarakat yang penuh dengan petunjuk hidayah.

Falsafah pendidikan Islam jelas membawa kepada kenyataan dalam kehidupan yang terjelma sebagai kesempurnaan. Pembinaan akhlak yang baik juga menjadi penyumbang kepada pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Pembentukan iman, akhlak dan amal yang baik akan menjurus kepada kehidupan yang bahagia.

Tokoh pendidik, Prof. Dr. Hassan Langgulung menjelaskan pembentukan insan soleh sangat penting dalam pembinaan keluarga. Insan soleh adalah manusia yang mendekati kesempurnaan. Yang dimaksudkan pembentukan insan soleh adalah pengembangan manusia yang menyembah dan bertakwa kepada Allah SWT. Insan soleh akan beriman dengan mendalam dan memahami dirinya khalifah di bumi ini.

Sebagai prinsip asas setiap ahli keluarga mestilah memahami sumber rujukan utama iaitu al-Quran dan al-sunnah. Bagi membentuk keluarga yang bahagia pemahaman yang baik tentang syariah Islam mestilah dilakukan sebelum berkahwin.

Segala tindakan, aktiviti dan amalan yang dilakukan oleh ahli keluarga mestilah berlandaskan Islam. Nabi SAW pernah menjelaskan: “Bahawasanya aku diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budi pekerti).” (riwayat Ahmad).

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 20, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: